Barang Dapur RM2 Atau RM5 je! Biar Betul Mr Dollar?

Selalu pergi kedai RM2 mesti ada jual alatan dan keperluan rumah je. Barang masak, makanan atau barang keperluan dapur jarang ada! Tu yang lainnya Mr Dollar ni, semua barang masak dan makanan cuma RM2 atau RM5 sahaja! 

Bila langkah je masuk, jadi tak tentu arah sebab excited sangat! Korang akan terus nampak chiller yang penuh dengan air, frozen food, dan aiskrim.  

Paling best sekali I nampak IKAN SALMON RM5 je!

Siapa yang suka makan Oden atau Yong Tau Foo, boleh beli bahan frozen kat sini, macam-macam pilihan ada! 
Dah ready nak naik tingkat atas? 
Bila sampai je terus dilema uols! Nak pergi bahagian RM2 dulu ke? RM5 dulu? 

Mostly atas rak memang semua penuh dengan makanan. Food heaven! Biskut macam-macam brand ada, cakap je nak yang mana! 

Brand favourite orang ramai pun ada! 

Coklat, snacks, gula-gula dan jelly jangan cakap lah. Memang banyak sangat pilihan! Lepasni, sebelum lepak wajib datang Mr Dollar dulu beli kudap-kudap!

Ingat ada makanan ringan je rupanya bahan masakan pun ada! Macam-macam jenis beras! Lepastu I wajib beli Thai Sweet Chilli ni cuma RM5 sahaja botol besar ya! 

Kalau mak korang tak tahu nak masak apa, bawak je datang Mr Dollar ni. Tengok je rempah-rempah ni terus dapat idea nak masak apa tau! 
Walaupun harga memang RM2 atau RM5, tetap ada price check kat setiap sudut! 

Duduk dekat level 2 ni memang boleh makan masa 1 jam jugak lah. Kalau boleh semua benda nak beli! 

Dah turun bawah pun sambung shopping lagi! 
Masa untuk bayar! Ni barang-barang yang I grab nak buat kudap-kudap dalam kereta! Waffle durian tu sedap tau! Buy 1 Free 1! 

Tiba-tiba beg plastik I jadi berat, rupanya banyak item yang I beli ‘Buy 1 Free 1’ jadi terpaksa lah amek lagi satu setiap item. Memang terboek! 

Lepasni nak datang lagi! Kalau tak pergi tempat lain harini, I memang ada borong barang dapur dengan frozen food dia! murah , berkualiti dan berbaloi sangat! 

I pergi Mr Dollar kat Taman Maluri, KL. Katanya dyorg nak bukak cawangan baru! Nak tahu kat mana? 

Kredit gambar utama: Mr Dollar Malaysia

Raja Lepak

Read Previous

Tak Terbakar Ke Tangan Tu? Skill Brader Cheese Ni Memang Terboek!

Read Next

Jual Cendol Dalam Bas, Penumpang Lain Tak Marah Ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *