Tak Terbakar Ke Tangan Tu? Skill Brader Cheese Ni Memang Terboek!

Asyik gaduh je nak makan mana? Lepak kat ‘port boek’ ni! Ada Ayam Peri-Peri Cheese Bakar kat restoran Chicken Royale!  

Signboard kedai, depan dan belakang berbeza tapi masih kedai yang sama! Jangan keliru tau!

 So apa menu best-seller kat sini? Jom tengok apa I makan! 

Kat Chicken Royale ni semua self-service, so korang kena order dulu kat kaunter. Tengok menu je dah lapar tau! Meleleh air liur tengok cheese dia! Mana taknya, masuk kedai je terus tengok depa dok tarik-tarik cheese. Ayam Peri-Peri pulak seksi je tengah sauna sebelum beraksi. Memang menguji keimanan!

Okay I makan Set Bersiong, set PALING LARIS! Dalam set ini ada Ayam Peri-Peri, Nasi Arab, Potato Wedges, Fries, Nugget, Sayur, Sos Peri-Peri, Sos Cili dan Cheese.  

Portion Set Bersiong ni memang banyak sesuai untuk 4-5 orang makan! Kalau makan dua orang memang tersandaq sampai esok bak kata orang kedah.

Now the show will begin! Brader Cheese ni akan datang kat meja korang untuk serve cheese yang dibakar on-the-spot sebelum dihidangkan. Makan time panas-panas, berlemak bila cari dalam mulut. Fuhh memang terboek!  

Ada dua pilihan minuman, ofcos I pilih Ice Lemon Tea! So refreshing and kena sangat dengan menu yang I order! 

Patutlah ramai orang datang makan kat sini, kombinasi Nasi Arab dengan Ayam Peri-Peri dia memang sedap weh! I rasa Sos Peri-Peri tu paling legend sekali! Memang terasa dekat tekak ni, worth every penny! 

Ruang masak dan ruang penyediaan makanan dia bersih. Korang boleh datang tengok sendiri kalau tak percaya!  

Yang paling penting, staf sangat ramah dan servis yang diberikan memang terboek! Walaupun kedai ni baru je bukak 8 Ogos 2020 haritu tapi nampak macam dah expert sangat! 

Overall, makanan dengan harga kat Chicken Royale ni sangat-sangat berbaloi! Kedai pun cantik! 

Raja Lepak

Read Previous

Feeling Macam Kat ‘Overseas’! Tengok Wayang Dalam Kereta Weh!

Read Next

Barang Dapur RM2 Atau RM5 je! Biar Betul Mr Dollar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *