Mi Sup Daging Kluster Kayangan. Harga Sampai RM8,200 Semangkuk!

Mi sup daging ni memang feveret Cik Ya la! Tambah pula kalau makan tengah panas-panas dengan sambal kicap pedas. Terangkat beb!

Kalau biasa makan di kedai, harga semangkuk mi sup daging ni dalam sekitar RM4.00 je kan. Tapi ni sampai RM8,200 semangkuk! Apa cerita?

Bukan kata korang je terkejut, Cik Ya pun terkejut la dengar harga mi sup daging mahal macam tu sekali. Tapi bukan dekat Malaysia la. Ni dekat Shijiazhuang, Wilayah Hebei, China. Mi sup daging ni dikatakan termahal di dunia tau.

Hidangan mi sup daging ini dikatakan mengandungi empat bahan yang berasal dari langit, tanah dan laut. Biar betul?

Bila ditanya mengenai ramuan dan bahan yang digunakan, eh dia tak nak bagi tau pula. Tah betul ke tidak ada empat bahan tu kan.

Menurut pengurus restoran, hanya empat mangkuk je yang ada orang order sepanjang empat bulan dia beroperasi.

Ye lah mi sup daging ni terlampau mahal sebab itu hanya ada empat permintaan je sepanjang ianya diperkenalkan.

Ada juga yang kata, hidangan ini jadi sangat mahal sebab daging lembu yang digunakan adalah daging yang sebenar dan tidak terdapat di mana-mana restoran lain. Daging sebenar? Selama ni ada daging palsu ke?

Ada juga yang kata tak ada apa yang istimewa tentang hidangan ni. Menu ni diperkenalkan hanya untuk gimik semata-mata serta menarik perhatian pelanggan datang ke restoran tu.

Tak kisah la gimik atau tidak, yang pasti harga RM8,200 sangat tak masuk akal untuk semangkuk mi sup daging!

Admin

Read Previous

Gempak Betul! Gadis Tukar Myvi Jadi Campervan Untuk Bercuti

Read Next

Snek Berapi Jadi Kegilaan! Tak Melecur Lidah Ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *