Kopi Memang Sedap Tapi Berbahaya!

Kopi

Minum kopi waktu petang memang sedap tambah pula sambil cicah dengan biskut kering. Ada yang sampai jadi ketagih sampaikan setiap hari mesti kena minum kopi kalau tak badan mula rasa letih la dan tak ada mood.

Che Mat pun sama bila balik kerja ke mesti akan suruh isteri bancuh kopi ais pekat kaw. Air tangan isteri Che Mat memang terbaek lah.

Tapi korang kena ingat, kalau boleh minum biarlah berpada-pada dan jangan sampai berlebihan bimbang ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Kalau tak nanti jadi macam seorang wanita dekat Wuhan, China ni sampai patah tulang rusuk. Nak tau sebab apa? Dia amalkan minum kopi lebih dari 10 cawan sehari semalam lebih tujuh tahun. Giler lah!

Menurut doktor yang merawatnya, kafien, garam, alkohol dan minuman berkarbonat boleh mempercepat usia tulang dan juga punca kepada penyakit osteoporosis atau tulang rapuh.

Tak pasal-pasal, tulang rusuk ketiga, keempat dan kelima dia patah sebab dia alami batuk je. Che Mat tobat terus bila baca kes ni tapi minum sekali sehari tu boleh la kan. Sayang kopi satu!

Admin

Read Previous

Giler Kreatif! Buat Dinding Hotel Guna Duit Syiling 1 Sen

Read Next

Gempak Betul! Gadis Tukar Myvi Jadi Campervan Untuk Bercuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + 5 =