Gempak Betul! Gadis Tukar Myvi Jadi Campervan Untuk Bercuti

Okay hari ni Cik Ya nak story sikit pasal seorang budak perempuan ni yang hati kental nak travel tapi nak jimat kos. Siapa je yang tak nak bercuti dengan kos yang rendah kan.

Korang pernah dengar tak mengenai campervan? Meh Cik Ya bagi tau. Campervan ni ialah kenderaan penginapan bergerak. Biasanya campervan ni popular dekat negara Barat.

Cik Ya tahu ramai je girl luar sana nak bercuti secara solo seluruh Malaysia tapi tak mampu nak beli campervan sendiri kan. Sama dengan pengguna laman FB ni, Farah Nabilah. Jadi dia tukar Myvi dia kepada campervan. Gempak weh!

Yang paling best, dia hanya mengeluarkan kos kurang dari RM500 je untuk transform kereta dia tu. 

Dia guna papan lapis yang boleh dilipatkan sebagai dasar untuk katil dan letak tilam nipis di atasnya.

Di bahagian bonet pula, dia memuatkan meja yang boleh dilipat untuk memasak, makan dan macam-macam lagi.

Menarik kan? Korang pun boleh buat sama macam Farah ni. Senang tak ada susah nak angkut beg baju ke hulu ke hilir cari hotel yang bersesuaian.

Tapi Cik Ya nak ingatkan, kalau nak park kete korang tu kena juga tengok tempat, takot nanti bangun pagi dah ada kat balai pula.

Sumber: Facebook Farah Nabilah

Admin

Read Previous

Kopi Memang Sedap Tapi Berbahaya!

Read Next

Mi Sup Daging Kluster Kayangan. Harga Sampai RM8,200 Semangkuk!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + thirteen =