Apo? Ada bantuan untuk bil elektrik? Mai Baca Ni..share dengan family n kengkawan!

Bantuan dari kerajaan

Perdana Menteri baru-baru ni telah meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan kepada semua pengguna elektrik domestik di Semenanjung.

Ini semua adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kita semua disebabkan peningkatan bil elektrik yang dialami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 7.66 juta pengguna elektrik akan mendapat manfaat dari bantuan ini.

Banyak Membantu

Bagi pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) akan nikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

Ia melibatkan seramai 4 juta atau 52.2% pengguna.

Bagi pengguna elektrik melebihi 300kWj pula, rakyat marhain akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020

Bila dapat

Bantuan akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020. Lepas nie jangan pening-pening dah. Boleh streaming Netflix sampai pagi. Yang work from home Pon Tak perlu risau jugak.

Untuk Bantuan Prihatin Elektrik, korang akan terima satu Notis Makluman pada bulan Julai 2020 selepas meter dibaca. Dalam tujuh hari lepas tu, korang akan terima pulak bil bulan Julai 2020 dgn penyata terperinci. Bil dan penyata tu akan dihantar melalui pos ke kediaman korang. Atau pun korang blh dapatkan bil dan penyata tu kat aplikasi/portal myTNB tapi dalam masa 48 jam lepas terima Notis Makluman ok? Apa-apa pun benda ni tertakluk sekiranya korang dh terima bil sebenar bagi bulan Jun 2020.

Jangan pening-pening. Nak Tau lebih lanjut check terus laman web ni https://www.tnb.com.my/prihatin/bantuan-prihatin-elektrik/

Kredit Gambar Utama: EvolusiBina

Raja Lepak

Read Previous

Mat Salleh Berhabis RM400,000 Nak Jadi Jimin BTS

Read Next

Giler Kreatif! Buat Dinding Hotel Guna Duit Syiling 1 Sen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *