Terima Rawatan Di Hospital Kerana Sembelit Gara-Gara Polisi Aneh Sekolah

Kadang-kadang memang ada polisi kat sesebuah sekolah itu kedengaran tak masuk akal. Tapi kebanyakkannya berlaku kat luar negara. Sekata ini, Abang Bob tak pernah dengar lagi ada peraturan tak masuk akal wujud dekat sekolah di Malaysia ini. Paling tidak pun mungkin pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. Tapi itu waktu zaman Abang Bob belajar 20 tahun lalu. Sekarang ini tak pasti sama ada boleh atau tidak.

Kisah yang Abang Bob nak ceritakan ini berlaku kat seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang terpaksa menerima rawatan di hospital selama tiga hari, gara-gara polisi sekolahnya yang aneh. Dikatakan sekolah kanak-kanak tersebut enggan meletakkan tisu gulung di tandas.

Pada korang mungkin benda ini tak aneh pun sebab sejak dulu lagi, kat sekolah mana ada disediakan tisu gulung kat tandas. Menurut ibu kanak-kanak berkenaan iaitu Fahmin Khanum, anak perempuannya itu mengalami sakit perut yang teruk dan kemudian didiagnosis sebagai sembelit.

Wanita berusia 32 tahun itu berkata anaknya menjadi lebih takut untuk menggunakan tandas di sekolahnya kerana polisi tersebut. Dilaporkan bahawa semua pelajar di sekolah berkenaan yang terletak di Cardiff, Wales itu terpaksa mengambil kertas kitar semula untuk mereka gunakan di tandas.

Baca artikel ini: Wanita Menderita Menangis Air Mata Kristal

Sekolah tersebut memperkenalkan polisi berkenaan supaya kanak-kanak hanya mengambil apa yang mereka perlu dan untuk mengelakkan tandas daripada tersumbat.

Fahmin berkata, “Ini merupakan satu pengalaman yang traumatik. Anak perempuan saya merupakan seorang yang agak berdikari kerana dia telah pergi ke taska sebelum memulakan sekolah pada bulan September. Dia tidak pernah mempunyai masalah untuk menggunakan tandas sebelum ini kerana dia sudah dilatih untuk menggunakannya semenjak dia berusia dua tahun lagi.”

Tambahnya, anak perempuannya tidak membersihkan dirinya dengan betul di sekolah kerana polisi tersebut. Polisi sekolah berkenaan juga telah menyebabkan anaknya terpaksa menerima rawatan di hospital.

So memang mak budak tu rasa tak puas hati laa sebab dia dah ajar anak dia menggunakan tisu tandas untuk berdikari, tapi last-last anaknya disuruh guna kertas kitar semula bila kat sekolah. Tekstur tisu tandas dengan kertas mana sama guys, faham-faham laa yer.

Kesian betul dengan nasib budak tu, tak pasal-pasal terus rasa trauma nak guna tandas sampai dapat sembelit dibuatnya.

Baca artikel ini: Besar Giler! Kat Vietnam Ada Penjual Roti Bersaiz Gergasi!

Raja Lepak

Read Previous

Hope Diamond: Misteri Batu Permata Pembawa Malang

Read Next

Kenapa Orang Korea Cukup Suka Makan Jeruk? Ini Kebaikan Perlu Korang Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *