Pelanggan Jamu Selera Dalam Kontena Sampah

Kat mana-mana restoran pun memang sukar untuk kita lihat mereka menghidangkan makanan dengan sayur-sayuran yang hampir layu atau sudah rosak. Kalau ada pun, memang tunggu nak kena viral jerlah, lagi-lagi kalau melibatkan ‘bawangrians’ dari Malaysia. Hahaha!

Tetapi di Salvage Supperclub NY, itu yang akan dihidangkan kepada korang. Bahkan kesemua hidangan kepada pelanggan akan diambil dari tempat di dalam bekas kontena sampah yang juga dikenali sebagai Dumpster. 

Pengasas restoran ini, Josh Treuhaft sebenarnya mempunyai mesej yang ingin disampaikan kepada pelanggan-pelanggannya. Ia membawa mesej kepada orang ramai tentang pembaziran makanan sedangkan negara yang berada dalam kesusahan mengalami kesukaran dalam sumber makanan dan bagaimana caranya untuk mengurangkan peningkatan masalah itu.

Kebanyakan sumber makanan diambil dari bahan-bahan yang confirm akan dibuang jika dilihat oleh pengusaha restoran lain.

Baca artikel ini: Kan Dah Kena! Gadis Bergigi Terabur Dikecam Sebab Menipu

Disebabkan itu, pengasas restoran ini mendapat idea untuk melakukan projek ini. Salah satu resipi yang popular di restoran kontena sampah ini adalah Tart Krim Pisang. Kalau korang nak tahu, Tart Krim Pisang tu dihasilkan daripada biskut coklat chip yang ‘selamatkan’ dari sebuah majlis rasmi . Manakala pisang yang sudah bertukar rona gelap itu pula dibeli pada harga borong di sebuah kedai runcit tempatan.

Restoran ini ditempatkan di sebuah kawasan perumahan yang mana dibersihkan dan dibasmi dari sebarang penyakit serta kuman. Untuk tambah sedikit sentuhan elegan, pemilik restoran ini menambah pencahayaan serta menyempurnakan meja dengan lebih kemas.

Restoran ini bukan hanya untuk mewujudkan kesedaran ke atas pembaziran makanan, malah dalam masa yang sama mengingatkan orang ramai supaya bersyukur dengan setiap rezeki yang diberikan.

Memang menarik konsep yang diketengahkan tu, sebab pada masa sama ia memberi pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai supaya tidak membazirkan makanan. Tapi kalau konsep restoran macam nie ada kat Malaysia, agak-agak dapat sambutan tak? Pendapat korang?

Baca artikel ini: Wanita Tekad Mengahwini Hantu Lanun Berusia 300 Tahun!

Admin

Read Previous

15 Perkara Menarik Pasal Orang Korea Selatan

Read Next

Nak Beli Cili Kering? Ini Perbezaan Yang Korang Perlu Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 5 =