Netizen ‘Copy’ Fesyen Pereka Ternama Guna Barangan Rumah

Ramai yang cakap fesyen itu bersifat subjektif. Ia boleh hadir dalam pelbagai bentuk dan kreativiti mengikut idea si pereka. Tapi adakalanya, fesyen yang ditampilkan memang luar daripada kotak pemikiran manusia ‘normal’. Abang Bob pun terbeliak biji mata bila tengok ada beberapa rekaan pereka fesyen nampak macam tak masuk akal.

Terfikir gak siapa laa agaknya yang nak pakai style fesyen yang pelik-pelik macam tue yer. Disebabkan keunikan rekaan yang ditampilkan, biasalah guys, netizen memang tak senang duduk untuk ‘menciplak’ rekaan pelik itu dalam versi tersendiri menggunakan barangan yang ada kat rumah. Korang tengok laa hasilnya.

1.   Beg plastik sampah

Memang nampak sangat unik dan tersendiri. Barang yang korang guna pun murah. Tapi awas! Tolong jauhi benda-benda tajam. Kalau korang tak nak berakhir dengan tragedi berbogel di khalayak ramai.

2.   Kasut mi segera

Tengok kasut sendiri pun dah boleh buat rasa lapar. Korang jangan tiru aksi ini. Silap-silap nanti korang rebus kasut tue dan makan!

3.   Fesyen atas katil

Malas nak bangun dari katil? Tadaaa! Dah siap. Jom jalan-jalan.

4.   Gaun kertas

Pakaian ini dilarang digunakan semasa hari hujan dan angin kencang. Sekian, terima kasih.

Baca artikel ini: Netizen Geli Hati Bila ‘Mat Salleh’ Potong Buah Nangka Macam Tembikai

5.   Gaun kadbod

Ini kalau pengutip atau penjual kotak nampak, memang korang tidak akan selamat.

6.   Dress surat khabar

Membaca amalan mulia. Sambil pakai dress, korang boleh baca berita-berita kat baju korang tue.

7.   Baju lampu avant-garde

Erkk? Hantu bungkus ke tu?

8.   Baju lukisan Picasso

Picasso kalau nampaklah apa yang korang buat pada hasil lukisan dia, mau menangis tengok.

9.   Style ekstravaganza

Jangan sesekali tiru gaya nie masa Hari Raya. Mau terkejut satu kampung ingat orang gila mana datang beraya.

10.   Flamingo merah

Yang ini comel. Nanti korang bolehlah menari tarian ballet.

11.   Tudung tong sampah

Tak ada payung nak digunakan semasa hujan? Jangan risau ini penyelesaiannya.

12.   Kertas aluminium

Nak beli kain sutera yang cantik berkilat tak mampu. Guna ini jerlah.

Baca artikel ini: Kan Dah Kena! Gadis Bergigi Terabur Dikecam Sebab Menipu

Raja Lepak

Read Previous

Suka Makan Ketam? Study Tip Pilih Ketam Isi Banyak

Read Next

Giler Gempak! Kat Bumi Ke Nie? View Macam Kat Dunia Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *