Mat Salleh Berhabis RM400,000 Nak Jadi Jimin BTS

Penangan K-Pop bukanlah sesuatu yang baru. Tiada siapa yang boleh nafikan betapa hebatnya penerimaan masyarakat terhadap kumpulan muzik dari Korea Selatan ini. Ia bukan sahaja menjadi kegilaan rakyat kat Malaysia, malah juga di negara luar sehingga ada yang sanggup berhabis duit sehingga ratusan ribu ringgit untuk menjalani pembedahan plastik bagi kelihatan seperti idola K-Pop mereka. Abang Bob takdelah obsess sangat dengan K-Pop, tapi Abang Bob suka tengok pembawakan watak semua kumpulan K-Pop yang tampil dengan gaya tersendiri.

Seorang lelaki British, Oli London telah membelanjakan $100,000 (RM406,750) untuk kelihatan seperti idolanya iaitu Park Ji-Min atau lebih dikenali sebagai Jimin daripada kumpulan yang diminati ramai, BTS.

Sebelum ini, Oli pernah menetap di Korea pada tahun 2013. Menurutnya, dia mula meminati BTS setelah mendengar lagu hit mereka iaitu Fake Love.

Setakat ini, Oli telah melakukan prosedur pembedahan plastik di hidung, tulang rusuk dan juga implan dagu silikon dalam usaha untuk menyerupai wajah idolanya itu.

Baca artikel ini: Kat Mana Jasin Tue? 10 Tempat Best Korang Kena Jejak Kalau Ke Jasin

Menurut Oli, dia merasakan K-Pop stars all look perfect. Dia jatuh cinta dengan K-Pop terutamanya kumpulan BTS apabila menonton video mereka dan terus menangis. Ketika zaman sekolah, Oli mempunyai masalah jerawat dan sering rasa insecure dengan diri sendiri. Oli juga memiliki hidung yang besar. Jadi, dia rasa perlu mengubah diri untuk menjadi lebih bahagia.

Oli telah membuat fillers di sekeliling matanya. Dia bukan sahaja mahu mengubah wajahnya untuk kelihatan seperti artis K-Pop malah dia juga ingin mengubah gaya hidupnya secara keseluruhan.

Oli akan menunjukkan gambar Jimin kepada doktor setiap kali dia ingin melakukan perubahan pada wajahnya. Memang dah tahap obses nampak gayanya! Jadi, apa pendapat korang semua?

Baca artikel ini: Nak Beli Cili Kering? Ini Perbezaan Yang Korang Perlu Tahu

Admin

Read Previous

Sama Tapi Tak Serupa: Beza Sushi Dengan Kimbap

Read Next

Apo? Ada bantuan untuk bil elektrik? Mai Baca Ni..share dengan family n kengkawan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − four =