Terbaik! Manfaat Kesihatan Daripada Daun Pandan

Abang Bob rasa semua rakyat Malaysia tahu dan kenal daun pandan. Ke ada yang tak pernah tengok? Macam yang korang faham, daun pandan ni special sebab dia ada rasa dan aromanya yang tersendiri.

Warna hijaunya sangat terang dan selalu dijadikan sebagai pewarna dalam makanan. Untuk pengetahuan korang, pandan merupakan tumbuhan tropical dalam kumpulan pandanus (screwpine) genus. Daun pandan mudah didapati di Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Banyak kegunaan daun pandan. Antaranya:

1.   Perisa makanan

Daun pandan boleh digunakan untuk menambahkan perisa pada nasi, pulut, pemanis mulut berasaskan ubi kayu dan puding. Contohnya nasi lemak, kuih talam, kaya dan onde-onde.

2.   Pembalut makanan

Penggunaan daun pandan sebagai pembalut makanan semasa membakar, barbeku atau mengukus ayam, ikan dan manisan boleh menambahkan bau yang harum dan rasa yang manis pada makanan tersebut.

Baca artikel ini: Kenangan Puasa Zaman Kanak-Kanak Yang Menggamit Memori

3.   Ubat serangga

Ekstrak pandan atau teh pandan boleh disembur di sekeliling rumah dan disapu pada badan sebagai usaha mengusir serangga. Oleh kerana pandan adalah bahan semulajadi, ianya selamat digunakan untuk kanak-kanak.

4. Teh pandan

Daun pandan juga boleh dibuat minuman iaitu teh pandan. Caranya, bersihkan dan ikat 8-10 helai daun pandan, rebuskan di dalam air selama 10 minit dan renehkan selama 5 minit. Tambahkan halia atau serai untuk rasa yang lebih sedap.

Bukan itu sahaja, daun pandan juga mempunyai kegunaan sebagai ubat-ubatan untuk menyembuhkan pelbagai masalah. Daun pandan mengandungi sifat-sifat julap dan daunnya boleh melegakan kesakitan. Antaranya:

  • Sakit kepala
  • Sakit telinga
  • Sakit perut

Antara lain manfaat daun pandan ialah:

1.   Menyahtoksik badan

Pengambilan daun pandan dalam pemakanan mampu menyahtoksik hati dan badan daripada toksin. Sifat julap daun pandan juga mampu menolong proses penyahtinjaan.

2.   Mengelakkan kelemumur

Pandan adalah kaedah semula jadi untuk menyelesaikan masalah kelemumur. Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml air. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

3.   Melawan kesan hiperglisemia

Mengikut suatu kajian di Thailand yang diterbitkan dalam majalah Pharmacognosy pada tahun 2015, teh pandan atau ekstrak pandan boleh membantu merendahkan tahap gula dalam darah. Ianya terbukti bahawa kadar glukos plasma di dalam subjek manusia yang dikaji menurun semasa tempoh kajian.

Hebatkan daun pandan? Beruntung duduk kat negara di Asia Tenggara ni sebab banyak tumbuh-tumbuhan ala ‘herba’ yang korang boleh dapat dengan mudah. Kalau nak tanam sendiri kat rumah pun boleh. Pokok daun pandan ni pun senang jer nak dijaga. 

Baca artikel ini: Baru Beli Esok Dah Lembik? Nah! Petua Elak Pisang Jadi Cepat Lebam

Raja Lepak

Read Previous

Kenangan Raya Kanak-Kanak Tahun 80an dan 90an

Read Next

11 Makanan Biasa Yang Bersifat ‘Superfood’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *