Separuh Singa Dan Separuh Naga, Remaja Ini Terkejut Tangkap Ikan Makhluk Asing

Korang yang kaki pancing mesti teruja kalau dapat pergi memancing lebih-lebih lagi kat laut dalam. Kalau rezeki berpihak pada korang, dapatlah bawa naik ikan besar yang pasti buatkan korang tersenyum lebar. Tapi, memancing kat lautan bukan satu benda mudah, kadang-kadang korang akan dapat sesuatu yang tak disangka-sangka.

Sama seperti kisah seorang lelaki ini apabila dia menerima satu kejutan besar selepas dia menemui seekor ikan aneh ketika sedang memancing di sebuah perairan di Norway.

Oscar Lundahl, 19 berkata ketika kejadian dia nyaris terjatuh dari bot semasa mahu menangkap haiwan itu. Apabila berjaya dinaikkan, Oscar mendapati ikan tersebut mempunyai mata yang cukup besar dan mempunyai badan seakan-akan seekor singa dan seekor naga.

Baca artikel ini: Amalan ‘Ohaguro’ Menghitamkan Gigi Sebagai Simbol Kecantikan Orang Jepun

Ikan yang berjaya ditangkap remaja itu sebenarnya adalah ratfish. Nama Latin haiwan itu pula adalah Chimaeras Monstrosa Linnaeus yang diambil sempena nama raksasa mitos Greek. Mempunyai fizikal yang hampir serupa dengan Chimaera, tidak hairanlah saintis menamakan ikan itu berdasarkan mitologi tersebut.

Kejadian penangkapan seekor ratfish ini adalah jarang-jarang berlaku. Ini kerana ikan tersebut merupakan sejenis ikan yu yang telah wujud sejak 400 juta tahun yang lalu dan amat sukar ditangkap.

Fuhh! Tengok pun nak ngeri. Agak-agaknya Lundahl lepaskan balik ikan tu atau dia bawak balik bela kat rumah yer? Silap-silap dia pergi goreng agaknya ikan tu buat lauk makan malam.

Baca artikel ini: Indonesia Berjaya Hasilkan Durian ‘Botak’ Tanpa Duri

Raja Lepak

Read Previous

Raya Dahulu vs Raya Sekarang

Read Next

Hujan Daging? 6 Kejadian Hujan Aneh Di Seluruh Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *