Pening Kepala Bil Letrik Tinggi? Relex, ini cara kiranya

Satu perkara yang Abang Bob nak puji sepanjang pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu, rata-rata rakyat Malaysia memang patuh dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan, iaitu duduk di rumah. Semuanya sebab nak pastikan rantaian penularan Wabak COVID-19 terputus daripada terus merebak.

Untuk pengetahuan korang, sepanjang tempoh PKP, operasi bacaan meter dan penyerahan bil telah diberhentikan sementara waktu demi menjaga keselamatan pelanggan dan warga kerja TNB.  Tapi, mulai 15 Mei 2020 yang lalu, operasi bacaan meter dan penyerahan bil dengan bacaan sebenar telah disambung semula secara berperingkat di beberapa negeri di zon hijau dan kuning.

Sepanjang tempoh PKP ni, mesti ada antara korang gusar memikirkan bil elektrik bakal melambung tinggi daripada kebiasaannya. Yelah, sepanjang hari duduk kat rumah, mesti banyak tenaga elektrik yang digunakan. Kalau rumah yang ada penghawa dingin tu, boleh terbeliak biji mata tengok jumlah bil nanti.

Tapi korang jangan garu kepala. Sebabnya TNB telah memperkenalkan Prinsip Pelarasan Bil Anggaran. Prinsipnya mudah iaitu:

  • Unit penggunaan sebenar akan dibahagikan secara sama rata mengikut bilangan hari yang telah dianggarkan sebelum ini dan dijumlahkan semula secara bulanan.
  • Maka, jumlah unit penggunaan setiap bulan akan didarabkan dengan kadar blok tarif yang sepatutnya.

Bagaimana kiraan Prinsip Pelarasan Bil Anggaran ini dibuat?

  • Sebagai contoh, penggunaan dengan bacaan meter sebenar korang yang diperolehi pada bulan Mei ialah 900kWh.
  • Jumlah penggunaan 900kWh itu akan dibahagikan secara sama rata bagi tempoh 90 hari atau 3 bulan, iaitu dari tarikh penggunaan sebenar pada bulan Februari 2020 sehingga bulan Mei 2020.

Korang boleh rujuk contoh kiraan pada jadual dibawah:

Untuk makluman korang, walaupun bil untuk tempoh 90 hari, namun ianya dikira secara prorata iaitu sama rata bagi bilangan hari (sebenarnya ia masih sama seperti sebulan penggunaan kerana blok tarif tersebut telah diproratakan).

Kaedah pengiraan bil secara prorata dibuat seperti berikut:

Maka, kaedah pengiraan secara prorata bagi setiap blok tarif akan memberi kesan yang sama dengan prinsip pelarasan bil anggaran.

So kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut, korang boleh layari laman web TNB di https://www.tnb.com.my/prihatin atau menghubungi terus TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 selain menerusi emel tnbcareline@tnb.com.my.

stephen.chin

Read Previous

Persis Istana Cinderella. 5 Istana Paling Cantik Di Dunia

Read Next

Giler Makan Steak? Jom Kenali Jenis Daging Yang Ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *