Landasan Kapal Terbang Paling Berbahaya Di Dunia

Tak semua landasan kapal terbang yang ada di setiap airport kat dunia ni dilihat selamat. Terdapat beberapa buah landasan kapal terbang kelihatan menyeramkan untuk sesebuah pesawat itu berlepas dan mendarat. Walaupun begitu, ia tetap digunakan nak juruterbang memainkan peranan penting untuk memastikan kapal terbang dia dikendalikan selamat. Tiap kali Abang Bob naik kapal terbang, macam-macam benda bermain di kepala. Kat sini Abang Bon akan senaraikan beberapa landasan kapal terbang yang agak menggerunkan di dunia.

1.   Reagan International Airport, Washington D.C

Penerbangan masuk dan keluar dari kota ini boleh menyebabkan penerbangan yang agak menyeramkan. Kat sana terdapat  dua sempadan zon dilarang terbang dan juruterbang terpaksa mengelak dari terbang berdekatan dengan Pentagon dan White House. Pada tahun 2008, sebuah kapal terbang telah memasuki dua kawasan larangan tersebut untuk terbang. Kejadian tu telah menyebabkan kesemua Congress diminta untuk keluar dari kedua-dua bangunan itu. Salah satu penerbangan antarabangsa lain yang ingin memasuki Reagan pada tahun 2015 telah berhadapan dengan sekumpulan burung yang terbang di situ.

2.   Paro Airport, Bhutan

Lapangan terbang ini terletak di Himalaya dan ia digelar sebagai salah satu lapangan terbang paling berbahaya di dunia. Bilangan juruterbang yang layak untuk mendarat di Paro Airport hanya satu digit sahaja. Juruterbang-juruterbang tersebut perlu mengendalikan kapal terbang di sekitar bukit-bukit kecil untuk sampai ke landasan yang tersorok di antara pergunungan.

3.   Barra Airport, Scotland

Landasan kapal terbang ni terletak di atas sebuah pulau kecil dari barat Scotland (juga dipanggil Barra). Ia merupakan satu-satunya lapangan terbang yang mempunyai landasan di atas pantai. Kedengaran agak cool tetapi mendarat di atas pasir boleh menjadikan proses mendarat yang agak bumpy. Untuk pengetahuan korang, cabaran untuk pendaratan itu biasanya bergantung pada pasang surut laut pada hari itu. Sebabnya, lapangan terbang itu hanya beroperasi ketika air laut surut kerana landasan berada di dasar laut ketika air pasang.

Baca artikel ini: Gayat ke? Jom Cabar Diri Sis! WATERSLIDE TERPANJANG DI DUNIA!

4.   Chicago Midway International Airport, Illinois

Lapangan terbang ini dibuka pada tahun 1927, dan landasannya dikatakan 609.6 meter lebih pendek daripada landasan di lapangan terbang baru yang lain. Landasan kapal terbang yang pendek sememangnya jadi cabaran besar buat juruterbang. Cuaca yang agak dingin kat situ selalu menyebabkan keadaan penerbangan agak menyeramkan sebab kapal terbang akan diselaputi ais dan ia perlu dinyahkan. Kapal terbang berais adalah salah satu daripada 12 perkara yang boleh menyebabkan penangguhan penerbangan.

5.   Princess Juliana Airport, Caribbean island of Saint Martin

Mendarat di Princess Juliana Airport boleh jadi agak menakutkan bagi korang yang bukan menaiki kapal terbang. Kapal terbang yang ingin mendarat di lapangan terbang ini perlu terbang rendah dekat dengan pantai yang terbuka untuk orang awam sebelum melepasi pagar lapangan terbang tersebut dan mendarat di Caribbean Island of St. Martin.

6.   John. F Kennedy Airport, New York

Lapangan terbang ini berdekatan dengan kedua-dua lapangan terbang LaGuardia dan Newark dan ia boleh menyebabkan perjalanan ke New York City sebagai satu cabaran. Selain itu, sekatan bunyi yang telah diwujudkan sejak 1964 membuatkan pasukan juruterbang terpaksa melakukan manuver yang sukar dikenali sebagai “Pendekatan Canarsie” (dinamakan sempena kejiranan Brooklyn) untuk mendarat di landasan tertentu. Juruterbang mendarat di JFK dengan hanya lima batu julat penglihatan.

7.   Gibraltar Airport

Landasan kapal terbang untuk lapangan terbang ini terletak di pantai selatan Sepanyol. Untuk mendarat kat landasan di lapangan terbang yang terletak di atas pulau ini bukan mudah sebab selalu ada masalah cuaca. Jika ada pesawat membuat pendaratan semasa cuaca yang buruk dan bergelora yang sering berlaku di teluk itu, juruterbang akan diarahkan untuk membuat pendaratan di lapangan terbang berhampiran lain seperti di Sepanyol, Maghribi, atau Portugal.

8.   Madeira Airport, Portugal

Lapangan terbang Madeira ini juga dikenali sebagai Cristiano Ronaldo Madeira International Airport. Juruterbang memerlukan latihan istimewa untuk mendarat di lapangan terbang yang terletak di Madeira Island di tengah-tengah Atlantik, berdekatan dengan Portugal dan Morocco. Proses pendaratan biasanya membuatkan penumpang takut kerana biasanya pesawat akan terus ke arah pergunungan di pulau itu sebelum membelok dengan pantas untuk membetulkan semula posisi ke arah landasan di lapangan terbang itu.

9.   Queenstown Airport, New Zealand

Jajaran gunung besar yang mengelilingi lapangan terbang New Zealand ini, dengan angin kencang, sering membuatkan jantung penumpang berdegup kencang. Sayap kapal terbang terpaksa dikerah kegunaannya kerana pesawat memerlukan pelarasan flap untuk melalui tebing-tebing dan lembah yang ada kat situ. Ada kala juruterbang perlu berpusing semula serta melakukan berkali-kali percubaan untuk mendarat.

10.   Tenzing Hillary Airport, Nepal

Juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Lukla. Sekali pandang lapangan terbang ini korang boleh lihat kenapa lapangan terbang Nepal ini dengan mudahnya boleh digelar lapangan terbang paling menakutkan di dunia. Tenzing Hillary Airport dinamakan bersempena nama pendaki pertama Gunung Everest. Landasannya yang menyeramkan dilihat seakan hilang pada bahagian sisi kanan dan seolah-olah terus masuk ke dalam pergunungan di situ. Bukan itu sahaja  tiupan angin di kawasan itu juga agak kencang dan memberi cabaran buat juruterbang. 

Baca artikel ini: Baru Beli Esok Dah Lembik? Nah! Petua Elak Pisang Jadi Cepat Lebam

Raja Lepak

Read Previous

Lauk Raya Tak Habis? Ikut Cara Ini Supaya Tidak Membazir

Read Next

7 Hotel Rare Yang Wujud Kat Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *