Anda Rasa Nak Mengamuk! Jom Lepas Geram di The Rage Room

Mesti ada di kalangan pembaca Hamka yang suka atau cenderung nak sgt pecahkan barang bagi melepaskan marah atau emosi. Ada yang tumbuk dinding (sakit oi), baling phone, pecahkan pinggan dan lain-lain lagi.

Kalau anda salah seorang daripada golongan ini, pastinya anda akan tersenyum lebar bila Hamka nak habaq anda boleh buat semua perkara itu, tanpa ada orang marah, dan tanpa perlu menghancurkan barang korang sendiri.

Caranya? Mudah. Cari The Rage Room yang terletak di Berjaya Times Square. The Rage Room oleh MyBestBox ini membolehkan anda memecah atau menghancurkan (pilih cara paling memuaskan pada anda) barang secara random dalam ruangan khas yang disediakan.

Kredit: Journal star

Bab keselamatan diri, jangan risau gaiss kerana korang akan akan diberikan alat perlindungan seperti helmet dengan pelindung muka serta sepasang jumpsuit penuh bertutup. Jadi, serpihan kaca tidaklah terkena atau melukakan anda semasa melepaskan ‘stress’ nanti.

Difahamkan, korang boleh buat pilihan ‘senjata’ seperti kayu baseball, crowbars, kayu golf dan lain-lain peralatan lagi. Tidak cukup dengan itu, untuk melengkapkan pengalaman, korang juga boleh membuat pilihan lagu sesuai dengan emosi.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/03/12/node-5211/RageROom.jpg?itok=qP4XZ1Tn

The Rage Room ini merupakan ‘permainan’ yang pertama seumpamanya di Malaysia dan sebenarnya ada banyak lagi permainan atau bilik yang bertema untuk anda bermain dengan rakan-rakan. Ada Party Room, Crazy Cartz dan macam-macam lagilah.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/03/12/node-5211/dic_8a48b425-8bd2-406f-b8ec-0d2cf8c05aaf_pr_gallery_02.png?itok=DHvmAysR

Artikel berkaitan:
Biar Betik Tapak Selaman Makro Sudah Ada Di Malaysia
Peti Besi Bank Dijadikan Kedai Buku

Raja Lepak

Read Previous

Ini Resepi Rahsia ‘Swedish Meatballs IKEA’ Yang Enak Dimakan Ketika Berbuka Puasa

Read Next

Kenangan Puasa Zaman Kanak-Kanak Yang Menggamit Memori

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *