Ada Masalah Dengan Semut? Ikut Petua Nak Halau Semut Ni

Serangan semut kat dalam rumah memang sangat-sangat menyakitkan hati. Kalau sikit tak apa, ini segerombolan bala tentera datang kerumun dalam rumah terutama kat dapur. Abang Bob memang cukup pantang rumah yang ada semut. Kalau pakai racun pembunuh serangga kadang-kadang tak menjadi juga. Haa! Kat sini Abang Bob ada beberapa petua atau cara yang korang boleh buat untuk atasi masalah semut.

1.   Pita pelekat

Adakah sekumpulan semut sedang menghala ke balang biskut di dapur rumah korang? Atau mungkin sebarang manisan yang ada di atas kaunter dapur? Ambil pita pelekat dan hasilkan penghalang di sekitar balang tersebut agar semut tidak dapat lagi menyeberangi balang manisan di rumah korang.

2.   Kapur

Tabur serbuk kapur di hadapan pintu masuk kediaman korang kerana semut alah pada calcium carbonate yang terkandung di dalam kapur. Korang juga boleh tabur serbuk kapur di sekitar tumbuhan dan tanaman korang untuk menghalau semut dan siput.

3.   Tepung

Semut tidak akan sekali melalui arah yang dihalang dengan tepung. Tabur di sekeliling bahagian dapur atau mana-mana sahaja bahagian dinding dapur yang menjadi laluan semut untuk atasi masalah semut di dapur korang.

Baca artikel ini: Persis Istana Cinderella. 5 Istana Paling Cantik Di Dunia

4.   Lemon

Korang tidak perlukan sebarang perangkap semut di rumah korang. Hanya perlu perah sedikit air lemon di ambang pintu dan tingkap rumah. Kemudian perah lemon di mana-mana lubang atau retakan yang mempunyai jalan masuk semut ke dalam kediaman korang. Korang juga boleh letakkan sehiris lemon di bahagian sisi pintu rumah untuk memberi amaran pada semut agar tidak menceroboh masuk.

5.   Serbuk lada hitam

Perjalanan semut terhalang apabila serbuk lada hitam menjadi pagar kepadanya. Tabur serbuk lada hitam di sekitar kawasan dapur agar tiada lagi masalah semut.

6.   Air

Secara amnya ramai yang melakukan kaedah ini yang mana meletakkan air di dalam sebuah bekas dan jadikan makanan itu sebagai sebuah pulau. Semut tidak akan dapat menyeberanginya lagi.

7.   Garam

Jika semut berjaya merentas masuk rumah korang, pintas perjalanan mereka dengan menaburkan garam di seluruh bingkai pintu atau secara langsung terus ke laluan mereka. Semut akan terhalang untuk melalui halangan itu.

8.   Herba dan Rempah

Letakkan kayu manis atau bunga cengkih di sekitar balang atau kabinet dapur yang menyimpan barangan dapur yang bersusun gula. Ianya dapat menghalau semut dari menyerang makanan manis di rumah korang.

9.   Cuka

Usir semut yang bersarang di sekitar halaman rumah korang seperti busut dengan cuka. Campurkan air dan cuka dalam satu botol. Sembur campuran tersebut di mana-mana bahagian halaman rumah yang korang percaya merupakan laluan masuk semut ke rumah. Ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah semut ini dengan cara ini.

Baca artikel ini: 5 Kisah Potret Mona Lisa, Karya Agung Leonardo Da Vinci

Raja Lepak

Read Previous

Semua Sedap! Hi-Tea Pilihan Rakyat Malaysia

Read Next

Biar Betul? 5 Perkara Paling Rare Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *