11 Sekolah Paling ‘Berhantu’ di Malaysia

Sekolah dan kisah-kisah hantu seram seakan-akan tidak boleh dipisahkan, pendek kata bagaikan isi dengan kuku. Walaupun setiap tahun pelajar sekolah silih berganti namun kisah hantu sekolah sentiasa diceritakan daripada satu ‘batch’ kepada ‘batch’ yang lain.

Hari ini Damak akan senaraikan 12 buah sekolah yang dikatakan paling menyeramkan dan berhantu di Malaysia. Cuba semak senarai di bawah, manalah tahu nama sekolah korang turut tersenarai antara sekolah yang paling menyeramkan.

1.   Penang Free School, Pulau Pinang

Kredit: Deenamik

Dibina pada tahun 1816, Penang Free School yang terletak di Green Lane, George Town, Pulau Pinang sekolah merupakan pertama yang didirikan di Malaya yang sekarang dikenali sebagai Malaysia.

Sebagai sebuah sekolah yang tertua di Malaysia, sudah pasti terdapat banyak kisah yang menyeramkan di sekolah ini. Fakta ini mungkin tidak mengejutkan kerana Penang Free School bukan sahaja sekolah yang paling tua di Malaysia bahkan juga di Asia Tenggara!

Kredit: Malay Mail

Ini bermakna sekolah ini sudah berusia 204 tahun! Kisah-kisah hantu pasti akan muncul di sekolah sebegini yang telah lama bertapak. Cerita seperti lampu berkedip-kedip dan bunyi-bunyian pelik pada waktu malam adalah perkara biasa.

Tidak pasti sama ada ia hanya disebabkan oleh struktur sekolah yang lama atau ada ‘benda’ lain. Selain itu, ada juga yang mendakwa mendengar jeritan seorang wanita lewat tengah malam, yang dikatakan sebagai roh banduan yang diseksa semasa zaman pendudukan Jepun.

2.   Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang

Kredit: The Asian Parent Malaysia

Sekolah Menengah Chung Ling yang lebih dikenali sebagai Chung Ling High School merupakan sebuah sekolah menengah lelaki yang ditubuhkan pada tahun 1923 ini telah diambil alih oleh Angkatan Darat British untuk digunakan sebagai sebuah hospital tentera pada tahun 1941.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu selepas meletusnya Perang Dunia Kedua, berlakunya tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Cina Malaya di bawah istilah Sook Ching yang membawa maksud “pembersihan Cina”.

Kredit: Mapio

Beberapa orang guru dan pelajar dari Chung Ling juga turut terbunuh dalam tragedi tersebut. Dengan sejarah Sekolah Chung Ling yang begitu tragis, tidaklah menghairankan cerita menakutkan seperti penampakan kelibat guru-guru dan pelajar yang dibunuh dilihat berkeliaran di sekitar sekolah itu.

Histeria juga dikatakan kerap berlaku di Sekolah Chung Ling dan kadang-kadang terdapat beberapa ekor anjing akan menyalak pada ‘sesuatu’ yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia.

3.   Sekolah Menengah Kebangsaan Serian, Sarawak

Kredit: Daily Rakyat

Jika diimbas kembali kejadian yang berlaku pada tahun 2008, 12 pelajar sekolah diserang histeria di mana mereka menjerit dan bertingkah-laku aneh yang dipercayai disebabkan oleh kehadiran paranormal.

Serangan histeria beramai-ramai itu mendatangkan begitu banyak gangguan sehingga kelas terpaksa digantung oleh pihak berkuasa.

Seorang pelajar yang pernah mengalami histeria menceritakan bahawa fikirannya menjadi kosong dan dia tidak dapat mengawal tubuhnya sendiri. 

Beliau memberitahu The Borneo Post, “Saya berasa pening dan saya mendengar suara-suara pelik yang bermain di kepala saya,” manakala rakannya pula mendakwa bahawa dia mendengar perubahan suara rakannya ketika dia cuba menenangkannya.

Baca artikel ini: Hantu Galah Dendam Wanita Tua Kepada Pemburu

4.   Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur

Kredit: Wikimapia

Selain kaya dengan warisan dan tradisinya sendiri, Victoria Institution juga turut menyimpan kisah-kisah misteri yang tersendiri sesuai dengan statusnya sebagai sebuah sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur dan antara yang tertua di Malaysia.

Victoria Institution juga turut diambil alih semasa Pendudukan Jepun di negara kita dan dijadikan sebagai pangkalan tentera Jepun. Ramai tentera British dan penduduk tempatan yang telah diseksa dengan kejam hingga mati di ruang bawah tanah dan beberapa bangunan lama di sekolah ini.

Dikatakan bahawa bukan sahaja selalu ada penampakan pada siang hari dan juga pada malam hari, malah terdapat banyak kes roh yang merasuk pelajar. Salah satu kes adalah anggota band yang sedang berlatih sehingga lewat pada satu malam ‘hilang’ dan hanya kemudiannya ditemui di atas tangki air.

Beliau mendakwa bahawa dia melihat seorang perempuan yang sedang bersendirian, dan dengan sopan, dia bertanya ke mana perempuan itu hendak pergi dan dia tidak ingat apa-apa selepas itu.

5.   SMJK Confucian dan Methodist Boys’ School, Kuala Lumpur

Kredit: Wikimapia

Kebanyakan sekolah digunakan ketika terjadinya Perang Dunia Kedua terutama semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tidak terkecuali kedua-dua buah sekolah ini.

Sekolah Methodist Boys telah ditubuhkan sejak bulan Julai tahun 1897 menjadikannya sebagai salah sebuah sekolah yang tertua di Malaysia, manakala SMJK Confucian pula dibina pada tahun 1906.

Kedua-dua sekolah ini dikatakan dihubungkan melalui sebuah terowong bawah tanah yang dibuat semasa Pendudukan Jepun.

Kredit: MBS Loop

Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat roh-roh yang berkeliaran di sekitar dewan sekolah pada waktu malam.

Selain itu, cerita yang paling sering dihebohkan adalah penampakan atau bunyi tentera Jepun yang berkawad lewat tengah malam.

6.   Sekolah Kebangsaan Danau Perdana, Kuala Lumpur

Kredit: Amy’s Crypt

Sekolah ini telah dikosongkan sejak tahun 2005 dan ia ditinggalkan sehingga ke hari ini. Sekolah ini ditinggalkan disebabkan oleh keadaan tanah yang tidak selamat untuk diduduki kerana kesan-kesan retakan mula muncul di dinding sebelum ia diminta untuk ditutup.

Walaupun demikian, kisah-kisah aktiviti paranormal di sekolah Danau Perdana ini masih terus tersebar dan diperkatakan. 

Salah satu kisah yang terkenal ialah sekolah ini telah didiami oleh seekor pontianak, iaitu roh seorang wanita yang meninggal ketika mengandung dan didakwa sebagai salah seorang tukang cuci sekolah berkenaan.

7.   Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur

Kredit: Twitter

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras atau lebih dikenali sebagai Sekolah Jalan Cheras telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan terletak di Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak lebih kurang dalam lima kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Sekolah ini terpilih dalam senarai disebabkan oleh satu kejadian yang mengerikan yang berlaku pada dua tahun yang lepas.

Seorang pelajar perempuan yang didakwa mengalami kerasukan telah dirakam menggunakan video dan dia dilihat bermain dengan sebilah gunting di sepanjang koridor sekolah.

Di dalam video tersebut, kelihatan dia menendang pintu bilik kelas dan memecahkan tingkap kaca dengan tangan kosong!

Rupa-rupanya, ini bukanlah kes kerasukan pertama yang berlaku dan beberapa kes lagi telah berlaku sepanjang tahun tersebut.

8.   Saint Michael Institution, Ipoh, Perak

Kredit: Wikipedia

Saint Michael’s Institution merupakan sebuah sekolah lelaki yang terletak di Ipoh, Kinta, Perak. Mengikut sejarah, pada tahun 1912 sekumpulan mubaligh Katolik tiba di sini dan mula membina sebuah sekolah di sebelah Sungai Kinta yang terkenal.

Sekolah yang dibina oleh para mubaligh Katolik ini diberi nama Saint Michael’s Institution. Sekolah ini dikatakan sangat keras, atas banyak faktor.

Salah satunya adalah kerana sekolah itu pernah digunakan sebagai ibu pejabat polis rahsia Jepun apabila Perang Dunia Kedua meletus.

Apabila melibatkan penjajah Jepun, tidak dapat disangkal lagi bahawa terdapat banyak penyeksaan yang dilakukan.

9.   Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak

Kolej Melayu Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai Malay College Kuala Kangsar (MCKK) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia.

Kredit: Linkedln

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson iaitu seorang Pegawai Pendidikan Jajahan pada masa itu. Cadangan itu mendapat sepenuh sokongan dari Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886-1916).

MCKK mempunyai reputasi yang tinggi dan cukup terkenal di negara Malaysia kerana telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh terbilang negara.

Akan tetapi, sebagai sebuah sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, jangan dilupakan bahagian seramnya tetap ada!

10.   Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Perak

Kredit: SMK Anderson

Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson yang terletak di Jalan Raja Ashman Shah, bandar raya Ipoh, Perak telah dibuka secara rasminya pada 6 Febuari 1909 yang ditubuhkan semasa penjajahan British di Tanah Melayu.

Untuk makluman, di depan padang sekolah Anderson ada sebatang pokok besar namun Damak tidak pasti sama ada masih ada lagi atau tidak.

Pokok itu agak menyeramkan dan di depan pokok besar terletaknya pintu masuk ke Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator.

Kerana itu ada yang mengatakan ia menjadi tempat ‘benda’ itu keluar masuk ke sekolah Anderson dan SMT Lebuh Cator.

11.   Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, Ipoh, Perak

Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator telah ditubuhkan pada tahun 1930, dikenali dengan nama ‘Goverment Trade School’ dan kini telah di naik taraf menjadi Kolej Vokasional Lebuh Cator.

Sekolah ini boleh dikatakan agak lama iaitu semenjak tahun 1930. Biasalah benda lama, pasti ada cerita di sebaliknya.

Ada lagi tak sekolah yang lebih menyeramkan di Malaysia selain dari 12 buah sekolah yang disenaraikan di atas? Jika anda, jom kongsi cerita dan pengalaman anda di sini.  

Sumber: Daily Rakyat

Baca artikel ini: Betul Ke Jalan Karak Lama Berhantu?

Raja Lepak

Read Previous

Tapau Atau Makan di Kedai! Mana Yang Lebih Baik

Read Next

8 Khasiat Buah Bidara Yang Korang Kena Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *