Pengantin Indonesia nikah guna benang pula!

Sebelum ini kecoh di media sosial pasangan mempelai perlu memakai baju hujan ketika majlis akad nikad sedang berlangsung, kan?

Terbaharu, seorang lelaki di Indonesia dilaporkan menggunakan benang ketika akad nikah sebagai alternatif mengelakkan dia berjabat tangan dengan juru nikah susulan penularan Covid-19 yang sedang melanda ketika ini.

Laporan Jawa Pos memberitahu pasangan pengantin iaitu M Ifan Saifudin dan Mifthaul Firdaus nekad untuk meneruskan niat mereka bagi mendirikan rumah tangga

Namun mereka telah menetapkan syarat antaranya pasangan dan tetamu wajib memakai topeng muka serta menggunakan pencuci tangan sepanjang majlis berlangsung.

Para tetamu yang hadir juga dikehendaki duduk dengan jarak yang telah ditetapkan iaitu tidak terlalu dekat antara satu sama lain.

Lebih membuatkan majlis nikah pasangan itu bertambah unik, apabila pengantin lelaki tidak bersalam dengan jurunikah atau biasanya digelar tok kadi, sebaliknya menggantikan ia dengan benang putih sepanjang 60 sentimeter.

Masing-masing memegang hujung benang berkenaan ketika melakukan akad nikah. Bagi Hamka, perkara ini sesuatu yang rare kerana banyak perkara yang tidak boleh dilakukan lantaran daripada situasi bahaya yang sedang berlaku ketika ini.

Hamka lihat di Indonesia majlis perkahwinan masih boleh dijalankan namun mengikut prosedur yang telah ditetapkan dengan memakai topeng muka, pencuci tangan dan menjaga jarak. Untunglah buat pasangan mempelai di sana.

Artikel berkaitan
Ini ‘Rare’! Pengantin Pakai Baju Hujan Waktu Akad Nikah
Biar benar! Lelaki Guna Tuala Wanita Ganti Topeng Muka Lindungi Diri Dari Covid-19

Raja Lepak

Read Previous

Betul Ke Jalan Karak Lama Berhantu?

Read Next

Makan Abu Mayat, Ritual Tradisi Puak Yanomami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *