Rambut ‘birthday boy’ Disambar Api Gara-Gara tiup api lilin kek hari jadi

Hamka yakin semua pembaca Raja Lepak suka dengan surprise birthday kan namun tak semua kejutan birthday ini akan berjalan sempurna seperti yang dirancang.

Itulah yang terjadi oleh seorang pemuda apabila hasratnya untuk berseronok dengan kejutan sambutan hari lahir daripada rakan-rakan tidak kesampaian

Bahkan pemuda tersebut yang dikenali sebagai Dienul Auzarie nyaris ditimpa malapetaka berikutan rambutnya disambar api ketika hendak meniup lilin pada kek hari jadinya.

Kredit : Twitter Dienul

Dienul memberitahu, kejutan sambutan hari lahir itu dirancang oleh rakan-rakannya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada Isnin lalu sambil mereka menggunakan ‘flying snow’ bagi memeriahkan lagi suasana.

“Sambil mereka menyanyikan lagu hari lahir untuk saya, mereka menggunakan semburan ‘flying snow’ ke arah saya yang sedang di hadapan lilin. Saya tundukkan kepala dan api lilin sambar rambut saya. Semua orang jadi panik. Kawan lelaki saya yang sedang rakam video terus berhenti dan cepat-cepat membantu memadamkan api di rambut saya.

“Api marak dalam beberapa saat sahaja tetapi memang rasa bahang. Syukur ketika itu, saya pakai cermin mata, bulu mata, kening semua selamat tapi misai janggut terus hilang namun saya bersyukur kerana situasi pada masa itu terkawal dan dia juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat sambaran api.

Dienul Auzarie

Alhamdulillah, lega Hamka mendengar yang Dienul tidak mengalami apa-apa kecederaan cuma rambutnya sahaja terbakar dan berlubang sedikit di bahagian tengah namun dia bersyukur kerana dia mengalami cedera parah

Hamka salute pada orang sekeliling di situ kerana menurut Daniel, emua staf dalam restoran itu pun sangat prihatin dengan bertanyakan sama ada saya ok atau tidak selepas saya keluar dari tandas

Dienul juga turut berkongsi video kejadian itu di laman Twitter miliknya yang kini meraih 272.400 tontonan dan tujuan dia memuat naik rakaman itu sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati kalau nak buat surprise birthday.

Hamka juga ingin menasihatkan kepada korang agar lebih berwaspada terutama dalam penggunaan ‘flying snow’ atau belon helium ketika meraikan apa jua majlis atau sambutan. Pengajaran ini amat bermakna buat kita semua dan berharap agar kejadian tersebut tidak berulang.

Raja Lepak

Read Previous

Rakyat Malaysia ‘Jangan Panik, Jangan Cemas’ Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Yang Bermula Esok

Read Next

Konvokesyen Di UNNES, Graduan Perlu ‘Sembur Dulu Sebelum Salam’ Demi Cegah Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *