Gurau tak bertempat. 5 prank berakhir dengan kematian

Korang mesti suka layan video prank yang dibuat untuk tujuan bergurau atau menakutkan orang lain. Serius guys, ada beberapa video prank yang min tengok rasa seperti agak keterlaluan sehingga boleh membawa bahaya untuk mangsa.

Kat sini min nak kongsi beberapa kejadian prank yang tidak menjadi, bahkan ia berakhir dengan kematian tragis. Moga jadi ikhtibar semua ok.

  • SMS palsu

Kisah prank ni telah menimpa seorang kanak-kanak berusia 11 tahun iaitu Tysen Benz. Budak malang ni telah kehilangan nyawa dengan cara membunuh diri selepas dia menerima satu mesej pesanan ringkas (SMS) palsu untuk mengenakannya. Dalam SMS tersebut telah menyatakan bawa budak perempuan yang diminatinya telah meninggal dunia. Kerana gagal mengawal emosi, Benz telah bertindak membunuh diri kerana terlalu sedih. Sehingga kini, pihak polis masih mencari dalang siapakan dalang disebali SMS palsu itu.

  • Prank call penyiar radio

Kejadian ni melibatkan sebuah stesen radio di Australia yang telah bertindak membuat satu panggilan prank dan disifatkan sebagai gila! Dua orang DJ, iaitu Mel Greig dan Michael Christian telah bertindak untuk membuat prank dengan seorang wanita bernama Jacintha Saldanha. Kalau korang nak tahu, Saldanha ni bekerja dengan keluarga diraja England dan ditugaskan untuk menjaga Kate Middleton. Dalam prank tersebut, kedua-dua DJ tu telah menyamar sebagai Ratu Elizabeth II dan juga Putera Charles. Tanpa rasa curiga, Saldhana telah memaklumkan keadaan Middleton yang baru sahaja melahirkan cahaya mata. Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu, Saldhana telah ditemui mati akibat membunuh diri kerana berasa bersalah selepas dia telah memberitahu lokasi hospital tempat Middleton dirawat.

  • Prank kejutan hari jadi

Kejadian ni berlaku kat Indonesia. Seorang lelaki bernama Sandy baru jer sambut ulang tahunnya yang ke-21. Sama seperti orang lain, mereka yang menyambut hari jadi akan dirai oleh rakan-rakan, sama juga seperti Sandy. Namun, cara rakan-rakannya meraikan hari jadi telah mengakibatkan lelaki itu meninggal dunia. Manakan tidak, Sandy telah diikat oleh teman-temannya pada sebatang tiang elektrik dan disiram dengan air. Kerana tindakan tersebut, Sandy telah terkena renjatan elektrik dan akhirnya meninggal dunia. Rakan-rakannya mendakwa mereka tidak sedar bahawa ketika itu Sandy terkena renjatan elektrik kerana dia kelihatan begitu gembira.

  • Sahut cabaran prank untuk popular

Seorang lelaki yang juga seorang YouTuber bernama Pedro Ruiz memang terkenal sebab suka melakukan cabaran gila untuk menarik lebih ramai pengikut. Satu hari, Ruiz yang berasal dari Minnesota, AS telah memutuskan untuk melakukan satu cabaran iaitu dengan menggunakan pistol Desert Eagle 50 Caliber. Malangnya, cabaran gila itu berakhir dengan tragedy apabila Ruiz maut terkena peluru tembakan tersebut yang dilepaskan oleh teman wanitanya sendiri.

  • Stop sign prank

Prank ni telah dilakukan oleh empat orang pemuda dekat Ohio, AS. Idea mereka semata-mata untuk membuatkan pengguna jalan rasa berasa keliru sewaktu melalui jalan raya. Kaedahnya? Keempat-empat pemuda itu telah menutup tanda jalan ‘berhenti’ yang terdapat di jalan raya. Kesannya, dua orang wanita warga emas, iaitu Jeanne Shea dan Mary Sprangler masing-masing berusia 81 dan 85 tahun maut selepas kereta yang mereka pandu terjunam ke dalam longkang besar kerana meluncur laju tanpa sedar terdapat tanda jalan ‘berhenti’ di situ. Keempat-empat pemuda itu akhirnya didapati bersalah dan dihukum penjara selama empat tahun.

Raja Lepak

Read Previous

Ini kejadian aneh yang tak masuk akal

Read Next

Buat kek pakai Indomie? Nampak sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *