Tempat Menarik Aktiviti Outdoor Sekitar Selangor (Part 1)

Selangor adalah sebuah negeri destinasi percutian yang sangat menarik buat anda. Sebuah negeri maju terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia mengelilingi ibu negara Kuala Lumpur. Hujung minggu adalah waktu yang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Pastinya lebih menarik jika terdapat aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

Tahukah anda di Selangor terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi? Anda boleh menikmati keindahan alam dan merasai sendiri aktiviti yang jarang anda lakukan di luar rumah.

A tree in a forest

Description automatically generated

1. Skytrex Shah Alam

Bagi yang berminat dengan aktiviti lasak, anda boleh Skytrex Shah Alam bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya spider web, cable walk dan flying fox yang menguji keberanian dan stamina anda. Terdapat beberapa tahap ekstrem melalui aktiviti ini dan anda boleh memilih mengikut kesesuain diri anda.

Little Adventure bagi mereka yang baru berjinak dengan aktiviti lasak. Pakej Big Thrill bagi golongan pertengahan yang mahu melakukan aktiviti ekstrem ini. Manakala Extreme Challenge boleh dilakukan bagi mereka yang memiliki stamina yang tinggi dan berkemahiran.

A picture containing tree, rock, outdoor, black

Description automatically generated

2. Gunung Nuang

Keindahan alam flora dan udara yang segar dapat dirasai dan dinikmati dengan mendaki gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat. Setinggi 1493 meter, Gunung Nuang mempunyai cabaran yang tersendiri dalam pendakian. Para pendaki perlu mengharungi laluan yang berbatu, turun naik dan keadaan tanah yang licin ketika hujan.

Anda juga boleh berkhemah di kawasan ini dan perlu menjaga kebersihan kawasan hutan agar dapat dipelihara sebaiknya. Pendaki juga dinasihatkan untuk memaklumkan aktiviti pendakian kepada pihak keselamatan di sana.

A large waterfall over a body of water

Description automatically generated

3. Sungai Pangsun

Sebuah lagi tempat perkelahan menarik untuk anda dan keluarga. Berhampiran dengan Gunung Nuang, Sungai Pangsun Hulu Langat boleh dikategorikan antara tempat yang menarik untuk mereka yang tidak berminat menyertai aktiviti lasak tetapi cintakan alam sekitar.

Kawasan di sekitar Sungai Pangsun ini juga sangat tenang dan sesuai kepada mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil.

Air sungainya yang sejuk memberi kesegaran kepada pelancong yang ingin mandi di kawasan ini. Bermacam-macam kemudahan asas disediakan untuk keselesaan pengunjung antaranya penginapan chalet, dewan, gazebo atau wakaf di tepi sungai, restoran, surau, bilik mandi dan tandas. Sangat seronok untuk mengadakan aktiviti seperti perkelahan keluarga, hari keluarga, seminar, kursus, team building, kem motivasi, majlis perkhawinan dan sebagainya.

A group of people standing next to a tree

Description automatically generated

4. Gua Damai Xtreme Park

Gua Damai Xtreme Park terletak di di bahagian utara Batu Caves. Destinasi ini menjadi pilihan bagi ramai peminat aktiviti lasak memanjat dinding dengan lebih daripada 70 ruang memanjat yang disediakan.

Peralatan memanjat turut disediakan kepada pengunjung. Bagi mereka yang berminat, anda dinasihatkan untuk menguasai kemahiran memanjat. Antara daya tarikan utama aktiviti ini ialah memberi peluang kepada peserta untuk mengenali lebih dekat akan flora dan fauna yang menghuni gua berkenaan seperti katak, lipan dan cengkerik yang sedikit berbeza berbanding kawasan lain.

A person standing next to a body of water

Description automatically generated

5. Tadom Hill Resort Banting

Satu lagi tempat mandi yang sangat menarik untuk dikunjungi yang terletak di Banting. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan Tadom Hill Resort Banting seperti berenang di tasik, bergayut seperti Tarzan di tali gayut atas air sebelum terjun ke dalam air, berakit dan pelbagai lagi aktiviti air yang lain.

Aktiviti lain yang turut disediakan seperti abseiling, flying fox, ATV, dan mendaki bukit. Anda juga berkesempatan untuk tinggal di kawasan ini secara beberapa hari kerana disediakan penginapan yang dibuat berasaskan kayu buluh.

nina.zaini

Read Previous

Penggunaan Earphone Yang Betul

Read Next

Tips untuk hilangkan rasa bosan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 5 =