Pemuda OKU Minat Skateboarding, Belajar Sebelum Terlambat

Pemain SkateBoard Jepun buta menggunakan tongkat untuk menaiki rel. Hanya yang berani dan berjiwa extreme sahaja mampu untuk melakukan perkara seperti ini. Hari ini ExpedisiRL merungkai kisah seorang pemuda daripada Jepun yang bernama Ryusei Ouchi yang menetap di Tokorozawa. Ryusei merupakan pemuda yang OKU iaitu Orang Kelainan Upaya di mana dia tidak mampu untuk melihat dengan jelas dan hampir buta dalam sesuatu tempoh akan datang. Namun itu tidak menjadi penghalang kepada Ouchi untuk bergiat aktif dalam sukan skateboard. 

Ouchi ketika ditemui menarik nafas panjang kerana menggunakan tongkatnya untuk menyentuh pinggir tanjak setinggi tiga meter, bergerak ke tepi dan kemudian jatuh. Itulah kebiasaan yang dilaluinya apabila berada di atas skateboard. Ouchi menganggap ini sebagai cabaran untuk dia meneruskan minat dalam bidang sukan skateboard ini dan tidak akan mengalah.

Sama seperti semua pemain skateboard yang lain, memiliki kelincahan di udara, keseronokan perjalanan semasa skateboarding merupakan satu pencapaian yang sangat baik. Tambahan jika mampu untuk melakukan trik semasa berada di atas skateboard, memang sangat menyeronokkan bagi Ouchi yang berumur 19 tahun. Walaupun begitu banyak lagi yang dia rasa perlu dipelajari agar setiap gerakan atau kemahiran berjaya dilakukan dengan baik tanpa sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, tidak seperti pemain skateboard yang lain, Ouchi hampir buta. Pada awalnya Ouchi dilahirkan dengan penglihatan yang sangat sempurna tetapi sejak melakukan diagnosis kepada matanya segalanya berubah. Menurut doktor, keadaan mata Ouchi yang pada ketika itu berumur 7 tahun telah merosot, penglihatannya semakin kabur dan dia memerlukan tongkat untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Demi minatnya di dalam dalam aktiviti skateboard ini, dia tetap akan pergi melakukan latihan di skatepark, Tokorozawa, utara Tokyo walaupun dengan tongkat. 

Melalui jalan yang besar, menaiki landasan kereta api, pengangkutan awam dan bahkan melintas jalan, Ouchi tetap akan lakukan dengan baik dan berhati-hati. Ada juga orang awam yang membantu dia semasa dia di dalam keadaan yang bahaya dan sebagainya. Selain itu, Ouchi sangat kagum dengan komuniti skateboard tempatan yang sudi menerima dia di dalam komuniti itu dan memberikan layanan terbaik dan semangat kepada dia untuk meneruskan minat.

Ouchi sedar apa yang dia lakukan itu sangat berbahaya sehingga mampu untuk mencederakan diri sendiri. Tapi dia telah menganggap skateboard ini sudah sebati dengan kehidupannya. Ada juga keluarga dan rakan rakan yang menasihatinya agar tidak bermain skateboard disebabkan mereka sangat risau akan keadaanya. Namun Ouchi tetap berteguh dengan pendiriannya untuk meneruskan minat di dalam skateboard ini.

Jika saya bermain skateboard, saya tidak tahu betapa selamatnya saya, tapi itulah nyawa,” kata Ouchi yang berkongsikan pendapatnya.

Ouchi juga turut kongsikan bahawa dia amat meminati sukan skateboard ini.

Saya suka skateboard tanpa mengira dan mahu melakukannya.”

Skateboarder buta daripada Jepun, Ryusei Ouchi memaparkan gambar memegang tongkat di skatepark di Tokorozawa, utara Tokyo, Jepun 13 Disember 2019. 

Ouchi melibatkan dirinya dalam bidang skateboard ini pada usia 15 tahun dan pada ketika itu penglihatannya mula merosot dengan lebih cepat. Dia sedar akan keadaan itu, lantas dia mahu belajar sebelum terlambat.

Pada tahun kedua sekolah menengah saya, penglihatan saya menjadi sangat buruk, dan secara tiba-tiba penyakit itu semakin laju dan saya mula panik sedikit,” katanya.

Skateboarding bersama rakan-rakan memberi Ouchi sebuah persahabatan untuk meluahkan dan berkongsi perasaan dirinya bersama dengan kawan kawanya dan kini sejak beberapa minggu yang lalu, komuniti memberi tanggungjawab kepada Ouchi untuk mengetuai skatepark. Ouchi sangat terharu dengan kepercayaan yang diberi oleh kawan kawanya. Walaupun begitu, kawan kawanyan akan menyokong dan membantu Ouchi memudahkan segala urusannya.

Pada permulaan, agak kekok bagi Ouchi dan dia perlu mengambil masa untuk menjadi biasa dengan segala susun atur dan struktur kumpulan namun kini dia sudah mempunyai gambaran mental yang baik dari persekitarannya. Selain itu juga, Ouchi kini berjaya membebaskan dirinya untuk melakukan pelbagai teknik skateboard yang luar biasa.

Skateboarding akan menjadi sukan baru pada Sukan Olimpik Tokyo tahun depan, tetapi bukan pada Sukan Paralimpik. Namun Ouchi berharap pada suatu hari nanti sukan skateboarding ini akan terdapat di dalam Sukan Paralimpik.

Ramai orang memberitahu saya bahawa mereka tidak boleh percaya bahawa saya merupakan seorang skateboard buta. Saya sering mendapat persoalan seperti ini, “katanya.

Buat masa ini, ia tidak biasa bagi orang buta untuk melakukan skateboard, terutamanya dalam minda orang ramai yang masih belum bersedia menerima skateboard buta.”

“Jika ia menjadi sukan Paralimpik, saya fikir saya orang pertama akan pergi, ‘Huh?’ Dan mahu memenanginya.

Buat masa ini, Ouchi gembira dapat menjadi inspirasi kepada orang lain melalui saluran media sosialnya.

 “Sebagai pemain skateboard, walaupun saya buta, saya ingin bermain papan luncur apabila saya mahu, jadi saya mahu terus membanggakan diri saya dan berkongsikan kisah saya,” katanya.

Sebagai masyarakat yang cacat penglihatan, selain daripada skateboarding terdapat banyak lagi perjuangan yang boleh OKU lakukan”.

Saya mahu masyarakat lebih memahami.”

Begitulah perkongsian daripada Ryusei Ouchi, seorang pemain skateboard buta yang masih terus berjuang di dalam minatnya serta sentiasa meraikan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk terus berusaha dan berjuang dengan apa yang diminati tanpa mengalah. Semoga perkongsian daripada Ouchi ini mampu memberi inspirasi kepada semua. 

Terima kasih kerana membaca perkongsian daripada ExpedisiRL. Jangan lupa untuk :

Like Facebook Raja Lepak

Follow Twitter Raja Lepak

Follow Instagram Raja Lepak

nina.zaini

Read Previous

Sains Berkata, Anak-anak Berjaya Disebabkan Ibu Bapa Melakukan 5 Perkara Ini

Read Next

Senarai orang-orang kaya tujuh keturunan harta tak habis di dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − two =