Meneroka BELUM (siri 1)

Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke Royal Belum Perak sungguh mengujakan. Sepantas kilat, anak mata menatap keindahan dan kehijauan alam semula jadi yang begitu mempesonakan.

Pintu masuk ke Royal Belum, Perak yang dikelilingi pemandangan Tasik Banding. Superb view.

Meskipun mengharungi pelbagai cabaran dengan sebuah pacuan empat roda yang mengalami kerosakan di tengah perjalanan, namun, ia tidak mematahkan keterujaan untuk sampai ke destinasi. Konvoi ini melibatkan lima pacuan roda dengan jumlah ahli kira-kira 25 orang. Ada yang datang dari Selangor dan paling jauh Johor.. Yang lain memang orang Tepeng jer. Dekat je lerr..

Dorang ni memang kaki camping n mancing. Macam macam tempat dah dorang teroka tapi Lubuk Padang ni kira first time and kiranya first time la jugak kenal sesama sendiri, but then, dorang ni funny, kepala pun gila-gila n sangatlah brotherhood.

Brotherhood..geng kaki pancing yang da berkenalan sejak 1000 tahun lalu..

Untuk trip camping ni, kita orang bayar RM250 sekepala siap makan minum n duit minyak driver. Korang takkan rasa benda ni mahal kalau memang kaki camping. Lagipun camping ni 3 hari 2 malam. So kiralah makan je tiga n empat kali, duit minyak apa bagai.. so, sangat berbaloi. Pengalaman memang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit sebab ia sangat berharga. Kalau takde pengalaman, hidup kita kosong macam tin karat..

Perjalanan mengambil masa panjang.. Lima ke enam jam,.. mak-mak mengandung dinasihatkan jangan join sebab boleh tumpah darah.. maklumlah nak redah jalan hutan yang memang tak cun tu kan. Terlompat-lompat dalam kereta..so mak-mak mengandung duduk rumah je n boleh plan dengan rakan-rakan pergi Jakel beli kain untuk raya mendatang.. tu belum lagi yang berhenti singgah beli fishing tool n ada yang nak terkincit. Tapi laki tak susah, dalam hutan kan boleh pancut je sembarangan tapi kenalah minta izin dengan penjaga, kot kot bengkak kemaluan salah kencing ….. dah susah nak berubat tengah hutan.

Jalan berlubang..kalau runtuh ni memang stuck and bermalam la dalam kereta.

Cuaca hujan, langit gelap dan sesekali berangin menambahkan lagi adrenalin ahli ekspedisi yang sememangnya tidak sabar melepaskan segala penat lelah di kawasan jeram Lubuk Padang. Line telefon memang hazab langsung takde, tapi seronok sebab bebas kejap dengan whatsapp bos-bos yang entah pape kan.. memang pergi hutan nak relax tanpa fikir soal kerja. Nak fun, chill n hang out dengan kawan-kawan.

Jalan pulak macan ular kena palu. Curam dan berbukit. Memang memerlukan skill pemanduan bertaraf PhD kerana lalai je boleh terbabas. Takpe, nak konvoi ni kena slow slow, .. Biar lambat asalkan selamat.

Perjalanan ke Lubuk Padang bukanlah senang, mujurlah ada pacuan empat roda yang bawka kita orang ni ke lokasi yang dijanjikan. Seronok konvoi macam ni lagi-lagi ada geng sekepala. Mujurlah driver kita orang memang pro walaupun da masuk usia emas. Betulla orang cakap kan, lagi tua laki tu lagi power dia.

Kira-kira dua jam perjalanan dari Tasik Banding, Belum ke Lubuk Padang di dalam hutan di Belum, ternyata ia begitu mencabar. Perjalanan masuk laluan hutan bermula pukul 4 petang sebenarnya mengundang rasa gerun kerana bimbang terpaksa bermalam di tengah jalan malah ahli juga sudah mula merungut kelaparan.

Nasib kami baik, jalan tidak begitu licin namun suasana gelap perlahan-lahan menutup langit biru yang cerah. Jam tepat pukul 6 petang namun kami masih belum lagi tiba di Lubuk Padang. Dalam kepala ligat berfikir apalah agaknya yang “menanti” di sepanjang laluan kerana difahamkan anak, mak dan bapak gajah mula aktif waktu sedemikian. Nasib jugak sesekali berhenti tengok pemandangan tasik yang sangat lah magnificent.

Dengan suasana yang semakin kelam menuju Maghrib, akhirnya kami didendangkan dengan bunyi air jeram yang sangat menenangkan. Ahh.. Masing-masing sudah tidak sabar untuk berendam di dalam kedinginan air jeram selepas hampir seharian bermandi peluh. Sumpah, kesegaran air jeram itu semakin dirasai di segenap tubuh.

Air nya sejuk dan segar. Best oo mandi sini…

Akhirnya, pukul 6.55 petang, kami tiba dengan selamat di tapak perkhemahan. Disitu, ada tiga lagi kaki pancing yang tiba lebih awal sedang barbecue untuk dinner. Rasa seram pun takde sebab masing-masing pun berwajah hantu.

Ok.. Kami yang mula direnggut kelaparan perlahan-lahan mendirikan khemah dan menyiapkan makanan untuk supper. Maklumlah, tiba pun sudah malam, masak ala kadar sahaja janji perut tidak berkeroncong.

Selesai mendirikan khemah, semua ahli nampaknya tidak sabar untuk mandi bogel di tengah-tengah kedinginan air jeram. Kecoh sikit la dengan suara-suara dorang menyanyi di tengah gelap.  Ada yang teruja tengok air nampaknya, ibarat tak pernah mandi setahun. Langit pun dah makin gelap. Air main dingin.. Lagipun, air dari langit mula turun setitik demi setitik.

Selesai bersiram ala-ala raja istana, kami mulalah mengisi perut dengan nasi putih, ayam kari dan sayur kobis yang dimasak abang tentera.. sedap bak hang masakan dia, walaupun dalam hutan tapi rasa ala hotel 5 stars… Masing-masing macam seekor buaya buas dok membaham sampai pengsan. Malam pertama tidak banyak sembang kerana semua penat, yang terbayang adalah mimpi indah bermain salji di London bersama minah salleh. Acah je la kan..

Pelahap semua..makan tak ingat duniaaaa……

Time tidur tu, sesekali terjaga kerana terganggu dengan bunyi dengkuran jantan-jantan bervolume 100000 kilowatzz. Seronok sebenarnya kalau dapat pedajal dorang dengan record video and masuk kat youtube n minta rakyat Malaysia undi dengkuran mana paling dahsyat di tengah hutan. Bila lagi nak femeskan kawan-kawan baru kan?..

Ok apa pun..ni baru siri satu, kisah malam pertama ahli camping.. tunggu next series, nak citer pasal habitat dorang kat hutan ni…eh silap, aktiviti dorang kat dalam hutan ni..

nina.zaini

Read Previous

Automatik jadi rapper bila nak disunat

Read Next

Meneroka BELUM (siri 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *