4 Tanda Anda Dibuli di Tempat Kerja

Bukan rahsia lagi bahawa pembulian merupakan isu yang serius dan melampaui jauh sehingga berlaku luar kelas persekolahan. Ia berleluasa dalam kehidupan orang dewasa, sama ada di media sosial, pasif-agresif dalam kumpulan, atau di mana-mana sahaja termasuk di tempat kerja.

Walaupun dalam praktiknya, buli boleh mengambil beberapa bentuk yang berbeza, tetapi apabila berlaku pada pekerjaan, ia sangat cenderung kepada psikologi dan lisan. Dalam praktiknya, mangsa buli di tempat kerja boleh hadir dalam banyak situasi seperti kritikan yang berlebihan, dikecualikan, dan dihina.

Walaupun terdapat beberapa kejadian yang dibuli di tempat kerja yang begitu jelas kelihatan, namun sukar untuk sesetengah orang sedar. Oleh itu, hari ini Anjung Ilmu akan kongsikan kepada anda 4 tanda anda dibuli di tempat kerja. 

4 Tanda Anda Sedang Dibuli Di Tempat Kerja

ANDA MERASA PERSONALITI DISERANG

Ini adalah perkara biasa dan semua orang perlu menerima kritikan membina di tempat kerja seperti kemahiran komunikasi dan keupayaan untuk menghasilkan kerja. Tetapi, jurulatih Karier Eksekutif, Elizabeth Pearson berkata, anda akan tahu anda sedang dibuli di tempat kerja apabila kritikan itu mula mencerobohi perkara yang tidak berkaitan dengan pekerjaan, seperti kecerdasan, jantina, kaum atau seksualiti anda, dan akibatnya, anda merasakan diserang secara peribadi.

ANDA BANYAK MELAKUKAN KERJA

Sekiranya pada hujung minggu yang sepatutnya cuti tetapi, anda kembali bekerja maka anda perlu sedar bahawa itu satu lagi bendera merah untuk anda. Mungkin anda hidup dalam ketakutan untuk dipecat atau hanya merasa terlalu tertekan dan bimbang tentang masa depan dalam kerjaya. Ketakutan yang berterusan ini boleh menjadi tanda bahawa anda sedang dianiaya atau dibuli di tempat kerja.

ANDA SENTIASA PERTAHANKAN DIRI

Jika anda merasakan bahawa melindungi diri di tempat kerja itu adalah satu keperluan dan ini merupakan tanda bahawa memang terdapat pembuli yang berpotensi di sekitar anda. Setiap kali anda melihat seseorang di tempat kerja yang sentiasa memberi ancaman sebagai pembuli sehinggakan anda perlu mempertahankan diri maka sedarlah bahawa ancaman seperti itu hanya dilakukan oleh seorang pembuli. Anda perlu sedar juga sejauh mana ancaman itu terhadap diri anda kerana wujud ancaman kecil dan juga ancaman besar. 

ANDA TIDAK MAMPU BERKATA

Dalam sesetengah kes, tidak bersuara itu kadang lebih baik daripada berkata kata namun perlu juga kita melihat pada situasi. Jika idea dan pandangan anda itu sentiasa ditolak maka anda perlu sedar bahawa anda sedang dibuli. Pembuli sentiasa mengambil kesempatan untuk memastikan suara anda tidak diterima walaupun idea dan pandangan anda itu merupakan sesuatu yang positif kepada tempat kerja anda. Namun perkara ini akan mudah disedari oleh orang sekeliling anda dan sesuatu perlu dilakukan.  

3 Strategi Berurusan Dengan Dibuli Di Tempat Kerja.

MELAPORKAN KEPADA PIHAK ATASAN

Walaupun mungkin merasa sedikit menakutkan namun dengan melaporkan kes pembulian itu mampu memberikan kesan yang positif kepada anda dan ini merupakan cara terbaik untuk memulihkan keadaan. “Hubungilah bos anda, atau pergi langsung ke bahagian Sumber Manusia, tetapi bersiaplah dengan bukti khusus mengenai siapa, bila, dan bagaimana anda mengalami pembulian,” kata Pearson. Kebanyakan syarikat mempunyai dasar sifar toleransi untuk memberi hukuman kepada pembuli. Begitu juga jika bos anda adalah orang yang melakukan pembulian. Jangan takut untuk pergi ke pihak yang sepatutnya dan membuat laporan ke atas mereka.

BERSUARA UNTUK DIRI ANDA

Hanya kerana seseorang pembuli itu adalah rakan sekerja atau penyelia anda tidak bererti anda patut memberi peluang kepada mereka untuk membuli anda. Jika anda hanya berdiam ini bermakna anda memberi peluang kepada pembuli tersebut untuk terus membuli. Ini adalah salah. Sebagai seorang pekerja, anda perlu bersuara dan berani. Jangan beri peluang kepada pembuli ini meneruskan kegiatan buli mereka. Walaupun tidak ada seorang yang berdiri di belakang anda ketika anda bersuara, anda perlu terus teguh dengan kebenaran dan menuntut hak anda sebagai mangsa buli.

BERHENTI KERJA

Sekiranya anda telah melakukan segala-galanya untuk membetulkan keadaan dan tiada apa yang seolah-olah berubah, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menggunakan perkataan “RESIGN” atau berhenti kerja. Kebenaran yang menyedihkan adalah tempat kerja tidak selalu mengambil tindakan untuk membetulkan situasi buli. “Majikan yang sering mengabaikan masalah itu dan mempertimbangkan untuk memberi hukuman kepada pesalah maka bermakna majikan itu sedangan mengelakkan liabiliti,” kata Falzoi. “Mereka menggunakan alasan prestasi sebagai senjata untuk tidak menjatuhkan hukuman kepada pembuli. “

Sekiranya ini berlaku untuk anda, Valbrune menyarankan untuk anda membuat keputusan meninggalkan syarikat tersebut dengan secepat mungkin. Menyimpan wang, memperbaharui resume anda, dan mula memohon pekerjaan baru. Semua orang patut bekerja dalam persekitaran yang baik dan mesra. Seperti yang dijelaskan oleh Pearson, “Kehidupan terlalu pendek untuk menjadi sengsara 8 hingga 10 jam, 5 hari seminggu.”

Itu sahaja perkongsian daripada Anjung Ilmu untuk kali ini. Jangan takut untuk bersuara demi melindungi diri daripada kerakusan pembuli di tempat kerja. Tuntut hak anda sebagai seorang pekerja dengan sebaiknya. Jangan pernah memberi perluang kepada mereka untuk “memijak” kita. Teruskan membaca perkongsian daripada Anjung Ilmu. Semoga anda dapat memanfaatkan dengan sebaik mungkin perkongsian ini. Jika anda mempunyai pengalaman dibuli di tempat kerja, boleh komen di bawah dan kongsi untuk pengajaran semua pembaca Anjung ilmu. Jangan lupa untuk :

Like Facebook Raja Lepak

Follow Instagram Raja Lepak

Follow Twitter Raja Lepak

nina.zaini

Read Previous

Pencuri Wang Misteri, Kawasan Perumahan Diserang Toyol

Read Next

Kisah Seram Asrama (Part 1)

One Comment

  • Sy juga sering menjadi mangsa buli di setiap tempat kerja yg sy bekerja. Biasanya org yg buat kerja betul, mesti rakkan bertahan lama bekerja dengan si pembuli yg toksik ni..well said

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + 2 =