Meneroka BELUM (siri 3)

Menyambung kisah siri kedua hari tu..sebenarnya, apa yang nak dikongsi ni ada elemen seram sikit pada malam kedua. Namun, kisah ni takla diceritakan kepada geng camping sebab takut potong mood kan.

Ok, malam tu, ketika nak tidur tu, rasa nak terkencing memang dah tak dapat ditahan,..jadinya, kena la gigih pergi ke jeram untuk buang hajat tu. Tengok jam dah pukul 11.50 malam n dalam gelap gelita tu kena la teruskan sebab cannot tahan da.

Bertemankan cahaya lampu suluh yang samar-samar je kan, di ani pergi la sorang diri ke jeram di camp site tu.. biasalah laki kan, tak nak tunjuk dia penakut so berani la sorang diri..

So, jalan la terkedek-kedek pergi ke jeram tu .. time tengah jalan tu memang rasa lain macam sikit,, tetiba seram dan sejuk kat tengkok ni macam ada angin lalu. But then, kalau jantan tu kena macho jantan.. lantak pi la kan.

Time da berdiri kat tepi jeram n ready nak membuang tu, tangan yang pegang lampu suluh ni dok pusing-pusing sampai la tetiba tu tersuluh satu benda atas batu.

Ok, seram dah ni nak cerita tapi da janji kan..so, member tu tersuluh langsuir ke Pontianak ke tak pasti la apa tengah bertenggek atas batu…aduii, kuss semangat menaip ni, remang pulak..

Image result for langsuir

Korang seram tak kalau ternampak langsuir?..

Member cerita, hantu tu rambut panjang tapi tak nampak muka sebab menunduk…ya rabbi, seram da nak cerita. So, member pun tak jadi kencing n patah balik ke camp site.

So, ada sorang abang pancing ni tanya, cepatnya kau kencing?.. member ni diam je malas nak habaq kang nanti lain macam pulak kan..so member ni bagi alas an takpe tahan je..bangang gak nak tahan kencing, boleh batu karang oi..

Tapi abang ni macam perasan yang muka mamat ni tengah kecut takut..so, abang ni offer nak teman sebab dia pun nak membuang.. so, member pun join la sebab memang dah hujung-hujung,,kalau tahan mau terkencing dalam khemah kan,,.hancing nanti macam …………

Jadinya, bend ani dirahsiakan la tanpa sebarang pengetahuan sebab tak nak kacau mood.. member ni cerita balik hari tu, dia kata, dia memang tak selalu Nampak hantu tapi bila ternampak memang tak boleh tidur malam.. teringat-ingat..

Lepas daripada tu, dia terbayang-bayang lah sampai la dah balik Kuala Lumpur pun. Dia kata, dia sampai KL dalam pukul 2 pagi dan terus tidur tak cuci kaki.. so, dengan peluh hutan yang masih belum hilang tu dia terus tidur sehinggala mengundang kepada peristiwa kena tindih.

Dia habaq, last dia kena tindih pun beberapa tahun lepas..kali ni punya tindih memang berat sampai tak dapat nak bernafas katanya..bila tersedar selepas meronta tu, dia pun cuci kaki n mandi sikit bagi benda-benda halus ni jauh..nasib la dia bukan duduk dengan family yg ada baby, kalau tak, lagi teruk jadinya..boleh kena rasuk.

Dia pun dapat la tidur dengan aman lepas tu…

Tapi kisah ni bukanlah nak takutkan korang apatah lagi menghalang korang pergi sana… no ye no..tidak sama sekali.. Royal Belum memang tempat yang best untuk melepak hujung minggu terutama kaki pancing. Pergilah sana, enjoy your day n love the nature. View nya memang outstanding..

Dalam Royal Belum tu, ada banyak lagi jeram yang boleh diexplore..by the way, ni pengalaman pertama..since, dorang ni ada pakatan nak pergi lagi ke lokasi lain di dalam Royal Belum tu, so why not join lagi kan..katanya ada satu tempat tub oleh akses telefon sehinggalah pertengahan destinasi..kalau tak silap Air Banun Namanya..entahlah, min belum cuba lagi..nanti kalau min dapat join min story sini k.

Love..thanks for reading!!

Read Previous

Meneroka BELUM (siri 2)

Read Next

Games paling popular 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *