Siri kisah hantu asrama (Episod 1) – “Cucu tak tidur lagi ke?”

Kalau bercerita tentang asrama pastinya akan ada pelbagai kisah mistik, seram yang pernah di alami oleh penghuninya. Sebagai salah seorang bekas pelajar yang tinggal di asrama aku juga tidak terkecuali.

Kisah ini aku alami sendiri ketika di form 1 sekitar tahun 2003. Jujur aku tak pernah excited nak masuk asrama sebab masa darjah enam aku dah dimomokkan dengan macam-macam cerita seram oleh abang kepada kawan-kawan aku (Meskipun penakut tahap dewa aku ni sebenarnya suka tengok dan dengar cerita hantu).

Tapi bila arwah ayah nak sangat anak dia masuk sekolah tempat dia menuntut ilmu dulu makanya aku turutkan. Ok balik kat cerita zaman aku form 1 dulu. Ceritanya bermula masa minggu pertama aku kat asrama.

Nak dijadikan cerita masa tu masih minggu orentasi. Dalam minggu tu semua pelajar form 1 dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh abang senior form 5.  Untuk kumpulan aku abang seniornya adalah Ramli (bukan nama sebenar).

Abang Ramli ni adalah tipikal abang senior asrama yang suka menyakat adik-adik junior. Bila sesi taaruf “instead” cerita yang indah-indah pasal asrama tu dia sibuk cerita kisah seram. Malah, siap kata dorm budak form 1 paling berhantu dekat situ.

Memang meremang lah bulu roma aku dengar cerita dia rasa macam nak bungkus je baju lepas tu balik rumah. Tapi aku anggap dia gurau je lah (padahal malam2 aku kejut kawan aku teman perg tandas dek penakut punya pasal).

Bukan sekadar cerita benda pelik-pelik malam pertama dan kedua semua budak form 1 kena prank hantu masa tidur. Malam pertama prank pocong, malam kedua pulak prank pontianak sampai satu tahap rasa takut jadi menyampah.

Tapi….. malam ketiga lain sikit. Aku ingat mulanya gangguan malam tu prank abang-abang senior. Masa tu lebih kurang pukul 3 pagi, semua tengah tidur selain aku yang pura-pura lelap mata kononnya nak bersedia untuk tak terkejut beruk dengan prank abang senior.

Kreeeekkkkk… bunyi pintu dorm terbuka… aku pun buat-buat pejamkan mata. Tok..tok.. tok.. bunyi macam orang berjalan dengan tongkat.. aku pikir malam ni abang senior jadi nenek kebayan ke?

Satu…dua..tiga…empat… suara macam nenek-nenek mengira. Lima… enam…tujuh.. tiba-tiba suara tu berhenti.. Tok..tok… tok.. bunyi macam orang tu berjalan lagi.. kali ni makin lama aku dengar makin dekat..

Tiba-tiba aku rasa macam ada orang duduk sebelah katil aku….

“Cu…oh cu… kenapa tak tidur lagi,” suara macam nenek-nenek tu menyapa

Aku pelik macam mana dia tahu aku tak tidur lagi?

“Cu…cu… bangunlah teman nenek jalan-jalan kat sini,” sapa suara tu lagi.

Tiba-tba bulu roma aku meremang.. Takkan lah abang senior try hard sangat nak berlakon jadi nenek kebayan.

Aku pejam mata kuat-kuat masa tu hanya Allah yang tahu betapa berderaunya darah aku.

Tiba-tiba aku dengar suara lagi,…

“Cu..cu nenek tahu cucu tak tidur lagi…..” diikuti suara mengilai yang nyaring..

Saat tu katil aku bergegar macam kene goncang. Aku tak tahu nak buat apa, aku cuba jerit tetapi suara tak keluar.

Macam nak terkencing dalam seluar. Aku cuba lagi nak menjerit tetap tak ada suara. Lepas tu keadaan tiba-tiba sunyi. Suara nenek pun dah tak kedengaran. Aku masih rasa takut tapi sedikit lega.

Aku cuba beranikan diri untuk buka mata dan bangun dari katil. Aku cuba intai ke pintu. Aku tengok tertutup rapat. Fuhh lega lah rasanya. Tapi…..

Bila aku toleh ke katil ada satu sosok nenek tengah duduk atas katil aku. Ya Allah satu badan aku menggigil aku terpaku kat situ. Tak tergambar seramnya lah kalau bandingkan dengan mak lampir aku rasa mak lampir pun pengsan.

Sosok tu padang muka aku mata dia merah senyum dia sampi ke telinga.

“Haaa betul kata nenek, cucu tak tidur lagi…”

Dek kerana takut tahap gaban aku terus pengsan kat tengah-tengah dorm tu sampai keesokan harinya aku dikejutkan oleh rakan-rakan yang perasan aku tersadai kat situ.

Masa dikejutkan aku memang memang menjerit macam orang gila sampai budak-budak ni panggil warden (dia memang ustaz kat sekolah aku) tawarkan air bagi aku tenang.

Lepas tu baru aku boleh cerita apa yang terjadi. Hari yang sama jugak warden suruh semua pelajar form 1 buat baca yasin kat bilik untuk elak kejadian sama berlaku.

Kata abang senior memang pernah terjadi kejadian sama sebelum ni ada seorang nenek merayau keliling asrama tetapi kali ni yang pertama nenek tu kacau pelajar. Itulah yang terjadi pada aku kat asrama. Lepas daripada hari itu, nenek tu dah tak masuk lagi dalam dorm tetapi masih kadang kala aku terdengar bunyi nenek tu berjalan. Tak tahulah sama ada perasaan aku atau betul-betul nenek tu masih berkeliaran kat kawasan asrama yang pasti kalau offer sejuta ringgit pun aku tak nak jumpa nenek tu lagi.

Read Previous

5 cara simple atasi jet lag

Read Next

Mesej juara Ratu Cantik Semesta (Miss Universe) tular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *