Superpark, Malaysia

SuperPark, Malaysia yang bertempat di Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur. SuperPark merupakan salah satu tempat yang anda perlu pergi untuk mengisi masa lapang. Selain itu, tempat ini merupakan salah satu tempat untuk mana-mana orang yang nak buat aktiviti lasak, tapi tak nak “outdoor”. SuperPark merupakan sebuah tempat permainan dan aktiviti lasak untuk kanak-kanak dan dewasa dimana kesemua permainannya dilakukan secara “indoor”.

Permainan yang disediakan di SuperPark terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, Adventure Area, Game Arena, dan Freestyle Hall. Di bahagian Adventure Park, permainan yang disediakan ialah Flying Fox, Kid’s Adventure City, Kid’s Freestyle Area, Kid’s Gym, Pedal Car Track, Sliding Mountains, Tube Slide, dan Ninja Track. Di bahagian Game Arena pula, tempat ini menyediakan permainan Baseball, Hot Stepper, Street Basketball, Superball, Superbowling, Superhoop, Superpinball, Robokeeper, Street Soccer Kick, dan Disc Golf. Di bahagian terakhir, iaitu Freestyle Hall terdapat permainan, Augmented Climbing Wall, Gymnastic Area, Skate and Scoot World, Trampoline Platform, Ice Skating, Ice Wall, dan Super Climb.

Harga tiket untuk masuk ke SuperPark, terbahagi kepada beberapa bahagian. Bagi mereka yang ingin menghabiskan sehari suntuk dan mencuba kesemua permainan tersebut, boleh mengambil One Day Ticket (9am-9pm) dengan harga RM70. Manakala untuk mereka yang ingin bermain pada belah pagi sahaja, mereka boleh membeli tiket Morning Mayhem (9am-1pm) pada harga RM45. Bagi mereka yang ingin bermain pada belah petang pula, boleh dapatkan tiket Middle Session (1:30pm-5:30pm) pada harga RM55. Manakala untuk mereka yang ingin bermain pada waktu malam, boleh dapatkan tiket After 6PM (6pm-9pm) dengan harga RM45. Namun begitu, harga akan berubah jika hari tersebut merupakan Super Day, iaitu pada hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum.

Jadi, untuk semua yang nak isi masa lapang dalam cuti yang singkat, inilah tempat yang menarik dan sesuai untuk kita lepaskan semua tekanan. Bagi mereka yang berminat nak pergi ke SuperPark ni, boleh layari laman web mereka di superpark.com.my untuk lihat promosi hebat, harga tiket dan jenis permainan. Dalam pada itu, untuk kanak-kanak, permainan yang mereka boleh main mengikut tinggi mereka. Jadi, boleh semak laman web SuperPark untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Sumber: Superpark

Jika anda mempunyai sebarang perkongsian tempat yang menarik dan mencabar boleh komen di bawah. Teruskan membaca artikel di rajalepak.com, pastinya akan mensajikan anda pelbagai kandungan yang menarik dan sensasi.

Raja.Lepak

Read Previous

Selam Bundle

Read Next

Bawa anak umur setahun travel ke 3 negara: Lelaki ini kongsi 9 tips!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *