Makan Petai Kekal Awet Muda

Kita lihat generasi sekarang terutamanya anak muda sekarang langsung tidak menyentuh petai atau jering. Mungkin ada juga yang tidak pernah mendengar ‘makanan orang lama / kampung’ itu. Namun demikian, bagi orang lebih dewasa yang gemarkan petai, ia tetap makanan istimewa. Apatah lagi kalau dimasak dengan sambal tumis ikan bilis! Tetapi bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat menahan bau petai yang begitu kuat.

Namun tahukah anda bahawa petai mempunyai khasiat yang luar biasa? Ini dia antara manfaat-manfaat memakan petai:

Mengawal sindrom PMS (sindrom pra-haid)

Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.

Mengatasi kemurungan

Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.

Mengatasi anemia

Zat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah.

Menurunkan tekanan darah tinggi

Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. US Food and Drug Administration telah hanya menyenarikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.

Meningkatkan kecerdasan otak

Khasiat petai lain ialah kemampuannya di dalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini berdasarkan laporan di USA yang dijalankan di mana petai diberikan kepada pelajar semasa sarapan sebelum peperiksaan. Kajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan pelajar yang terlibat memakan petai dapat meningkatkan kuasa otak mereka dan membantu mereka lebih segar, bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.

Menghilangkan sembelit

Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit. Petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar tanpa menggunakan julat.  Petai boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal.

Mengurangkan kegatalan kesan gigitan nyamuk

Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk. Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit. Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang.

Menurunkan berat badan

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Merawat deman kuning

Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.

Menghilangkan ketuat

Mereka yang ada ketuat pada badan, boleh mencuba untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berkenaan. Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.

Mencegah serangan stroke

Salah satu penelitian yang dibuat oleh The New England Journal of Medicine menunjukkan bahawa dengan mengamalkan pemakanan petai dapat membantu untuk mengurangkan risiko  serangan stroke pada seseorang.

Awet muda

Orang asli mempercayai dengan makan petai dapat mengekalkan muda agak tampak lebih muda. Jadi, tak perlui ubat mahal-mahal, makan petai sahaja sudah cukup. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh.

Sumber: Masakapaya

Mesti ramai yang baru tahu tentang kebaikan makan petai. Permintaan petai di bandar dan luar bandar juga semakin meningkat cuma kurang mendapat permintaan dalam kalangan anak muda. Malam ini boleh buat masakan sambal petai dan makan bersama keluarga. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian yang ingin dikongsikan di rajalepak.com boleh komen di bawah.

Raja Lepak

Read Previous

Waktu terbaik tengok ikan paus di Kaikoura, NZ

Read Next

Rahsia Sha Menolak Cinta Hadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *