Eibsee: Tasik dengan 8 pulau kecil di German

EF-Weu0WoAAY7vL (1125×1374)
EF-Weu6W4AAXY2S (1125×1380)
Sumber: jeffreyjkieffer

Eibsee, mungkin bukan satu destinasi yang ramai kenali dalam kalangan sesetengah orang. Selalunya kalau sebut German, destinasi yang memang wajib sampai dulu, Frankfurt, Berlin dan Munich.

Sebabnya, kan ramai rakyat Malaysia sambung study bidang Engineering kat sana. German kan pakar dalam bidang teknologi ni.

Eibsee ni actually kira-kira 100 km dari Munich dan 973.28 meter dari aras laut.

D1fWdwFXQAE6TXh (2048×1358)
Sumber: DanielCasson1

Eibsee merupakan tasik yang sangat cantik. Mesti korang yang first time dengar tempat ni macam tak dapat imagine kan? Besar mana tasik ni? Dalam ke??

 Ni some information tentang Eibsee:

  • Rantau: Bavaria
  • Panjang Maksimum: 3.15 km
  • Lebar Maksimum: 0.56 km (0.35 mi)
  • Kedalaman Maksimum:: 35.4 meters

Dalam juga ya tasik ni. Jangan ada yang nak try mandi pula. Mentang-mentang air jernih.

D1fWdvsWsAAcamI (2048×1358)
Sumber: DanielCasson1

So, dah jejauh datang dari Malaysia, apa lagi aktiviti boleh buat di situ ya? Haa. Ini antaranya:

  • Hiking
  • Berkayak
  • Health & Spa
  • Ski di Kawasan berdekatan masa musim winter
  • Pergi ke mountain paling tinggi di Germany iaitu Zugspitze

Ni la dia Zugspitze. Amazing!

Sumber: timestravel

For your information, ada 8 pulau kecil dekat Eibsee yang kaki travel boleh explore menggunakan kayak.

ECW5dMjXkAErJdw (1024×767)

Nama lapan pulau tu, cuba sebut satu-satu. Haa, terbelit tak lidah?

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Bagaimana nak ke sana?

Aiport terdekat adalah München atau Innsbruck, dan dari sana, boleh ke Eibsee menggunakan kereta, tren atau bas. Kalau korang and the gang, confident untuk sewa kereta kat sana, boleh la drive and explore Eibsee dengan lebih fun.

Tapi actually, travel via kereta api dan bas sebenarnya not bad dekat Grainau, anda boleh beli ‘pass’ untuk perjalanan tanpa had.

Sumber: Swedish Nomad

Terdapat dua cara, yang lebih murah adalah untuk ambil kereta api ke Garmisch-Partenkirchen dan kemudian naik bas ke Eibsee. 

Korang juga boleh try cable car iaitu Zugspitzbahn terus ke tasik, tetapi perlu diingatkan ia adalah lebih mahal.

Sumber: zugspitze

Kalau drive, nak parking mana pula ya? Jangan risau, tempat letak kenderaan tersedia bersebelahan dengan tasik dan hotel. Terdapat banyak ruang parking dan harga dalam 4 Euro untuk sehari.

Best time untuk ke Eibsee

From May ke September boleh dikatakan waktu terbaik untuk menikmati keindahan Eibsee. Tasik tu actually sepanjang tahun cantik je. Cumanya kalau time winter, tasik tu akan beku, tapi kalau nak jalan-ajalan area tu, masih boleh and still nice view.

Sumber: Swedish Nomad

Jadi tunggu apa lagi korang? Jom la plan untuk ke Eibsee!

#RCLocalSecret

Read Previous

Nak travel soon? Jangan tinggal barang ni

Read Next

Kali Pertama Travel Solo: Tips buat Newbies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *