Pengutip Troli Bertuah Dapat Tiket VIP Liverpool

Virgil Van Dijk telah berjumpa dengan seorang peminat setia Liverpool iaitu David yang merupakan seorang pengutip troli di sebuah supermarket. Pertemuan itu telah dirancang oleh abang David yang menghantar surat kepada Virgil Van Dijk dan Nivea Man. Kelihatan raut wajah David yang sangat teruja melihat Virgil Van Dijk secara bersemuka. Kemudiannya Van Dijk mengajak David pergi ke Melwood untuk berjumpa dengan pemain-pemain Liverpool dan melihat sendiri tempat latihan pemain Liverpool. Beruntung David dapat berjumpa dengan Mo Salah, Fabinho dan juga jurulatih Liverpool iaitu Jurgen Klopp. Selepas selesai berborak panjang, Van Dijk menyerahkan hadiah kalender perlawanan Liverpool, tiket VIP untuk perlawanan Krismas dan Nivea Man juga akan membayar tiket perlawanan “away” untuk David dan abangnya. Terima kasih Virgil Van Dijk, terima kasih Liverpool, terima kasih Nivea Man yang menggembirakan hati peminat setia Liverpool, David !

Jika anda mempunyai video yang ingin dikongsikan di Raja Lepak, boleh komen di bawah.

nina.zaini

Read Previous

Bersihkan sinki tak reti, nak aku ajau

Read Next

Resume Dari Pandangan Mata CEO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 5 =