Bila housemates semua pengotor, member terpaksa buat tutorial cara bersihkan sinki. Pecah thial ?? Cc to owner of vid: rizqan__ pic.twitter.com/j8ATYXYBOd
— ?????? (@gtfoxbtch) November 26, 2019
Prinsip kebersihan ini menunjukkan kepentingan kebersihan dalam Islam sebagai satu aspek yang mesti dijaga sama ada untuk beribadat atau selainnya. Sebagai umat yang bertamadun dan mempunyai etikanya yang tersendiri maka Allah telah mewajibkan kebersihan kepada manusia yang ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Seorang muslim haruslah berada dalam keadaan yang paling baik dan bersih untuk beribadat kepada Tuhannya. Ini juga termasuk dengan aspek kebersihan di persekitaran kita dan menjadi tanggungjawab untuk kita memastikan persekitaran kita ini sentiasa bersih dan kemas. Percayalah bahawa kebersihan dan kekemasan persekitaran akan memberikan aura positif dalam kehidupan seharian kita. Video yang berdurasi 51 saat yang dikongsikan di laman Twitter rizqan__ ini menunjukkan bahawa beliau kecewa kerana memiliki rakan serumah yang kurang bertanggungjawab dan peka dengan kebersihan di dapur. Beliau melakukan tutorial membersihkan sinki supaya mampu untuk menyedarkan seluruh warganet dan terutamanya rakan serumah beliau mengenai kepentingan tanggungjawab dalam kehidupan. Jika anda mempunyai video yang ingin dikongsikan di Raja Lepak, boleh komen di bawah.