Powerbank Meletup, Wanita Dibakar Api

“Jangan menggunakan Powerbank” itu yang diungkapkan oleh beberapa warganet mengenai insiden yang berlaku terhadap seorang wanita yang menjadi mangsa letupan powerbank miliknya. Kejadian tersebut berlaku di dalam lapangan terbang Kannur Airport, Keral. Video yang berdurasi 20 saat ini menunjukkan saat-saat mangsa tersebut dibakar dengan api yang marak. Orang awam dan juga staf di situ turut membantu untuk memadam api tersebut. Mangsa juga berlari-lari ke sana sini kerana kesakitan dan itu menyukarkan mangsa untuk diselamatkan malah api juga akan semakin marak disebabkan faktor angin. Keadaan mangsa belum lagi diketahui dan kami mendoakan agar mangsa dalam keadaan yang baik dan cepat sihat. Jadikan ini sebagai pengajaran kepada semua yang menggunakan powerbank dan elakkan penggunaan powerbank dalam kehidupan seharian.

Teruskan membaca artikel daripada Raja Lepak, jika anda mempunyai video yang ingin dikongsikan di Raja Lepak, boleh komen di bawah.

Read Previous

“Sayangnya.. dekat abangg !!” – MawarRashid

Read Next

Renovate Tandas Lama Jadi Taraf 5 Bintang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *