BASE jump Gua Damai, On x On?

Dua minggu lepas, min dapat invitation dari Gua Damai Ekstrem park untuk join diorang punya event BASE jump International event. 

B.A.S.E yang bermaksud Buildings, Antenna, Span, Earth adalah sukan ekstrem di mana korg boleh buat diving dengan ketinggian 100-200meter dari bumi. Bunyi mcm gilakan?

Ye… sukan ni memang bagi aku sgt gila lepas aku tgk sendiri diorang buat diving dari ketinggian 96meter kat Gua Damai ni. Pada awal aku tgk memang nampak berdebar la sebab first time tgk. Tapi after that bila tgk diorang landing tu aku dapat rasakan kepuasan yg diorang dpt bila dapat buat diving tu.

Pengurus acara, Mustapha Al-Baakri Omar atau lebih suka org panggil dia Pak Mus berkata seramai 110 penerjun dtg dari setiap negara like, Perancis, Brazil, Australia and banyak lagi. Yg lagi aku rasa bangga bila acara ni turut hadir pernerjun dari negara kita sendiri iaitu Hazman dan Haziq.

Bila tgk fizikal diorang ni memang nampak mcm tak yakin pon untuk buat diving kalau nak compare ngan penerjun dari luar negara tu yg sado-sado belaka.

Tambahan lagi, kalau nak buat diving kat Gua Damai ni bukan senang okay… Sebelum korg sampai ke platform tu korg kena merentasi hutan belantara yg ada kat Batu Cave ni sebelum sampai. Aku sendiri yg naik ni pun cungap sampai 30minit mana tak nya, kene naik tangga untuk masuk gua, redah hutan lagi.

Sampai je kat platform, aku dapat rasakan ketengan yg ada kat sini untuk menghilangkan stress di tempat keje korang.

Sempat jugak aku interview brader dari Prancis, Paul Raymond mengenai sukan lasak ni. Dia seronok diving kat Malaysia kerana permandangan yg indah dia dapat lihat dan makanan kat Malaysia pun sedap-sedap belaka. Dia berharap dengan adanya acara tahunan di Gua Damai ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta tempatan dan luar negara. 

Apa yg aku nampak kat sini, Gua Damai ni adalah salah satu tempat yg korg boleh hilangkan stress dan boleh mencabar korang untuk mengatasi ketakutan korang selain dapat menerokai gua seperti, merentasi hutan belantara, abseiling, flying fox dan banyak lagi. 

Tambahan lain, bagi penggemar sukan lasak seperti Skateboard dan BMX korg pun boleh dtg ke sini untuk mengasah bakat korg kerana pihak Gua Damai menyediakan tapak untuk korg bersukan disini.

admin

Read Previous

“Kepada Bakal Suami, Nak Bagitahu Ni…”

Read Next

Le’ Manah Retreat, Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *