5 Tempat Menarik Untuk Kaki Konvoi

5 Tempat Menarik Untuk Kaki Konvoi

  • Kopi Manshur

Tempat yang menjadi tumpuan mat moto apabila pergi ride. Tak sah kalau tak pergi dekat kedai Kopi Mansor ni dekat Paroi, Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan korang gerai Mr. Manshor Kopitiam ni sangat popular di Paroi. Gerai ni sangat mudah di cari sebab tepi jalan besar dan tempat parkir kereta pun banyak. Gerai Kopi paling popular di kalangan geng motor besar sebab setiap kali lalu sini dan masa singgah sini pun ramai geng motor besar singgah dan lepak minum kopi di sini.

Harga secawan kopi bermula dengan RM5. Kira murah lah kalau nak dibandingkan dengan rasa kopi yang sedap ni. Gerai Pak Manshor buka dari pukul 4 petang sampai 2 pagi dan tutup setiap hari selasa.

  • Lemang To’ki

Kat sini pun port femes jugak bagi budak2 moto bila pergi ride iaitu Lemang To’ki.

Yang unik dekat sini adalah lemang nye kerana korang tak perlu tunggu raya nak makan lemang. Hari2 pun boleh makan lemang. Dekat sini jugak ada hidangan lain seperti ayam bakar, char kuey teow dan nasi campur.

Mengambil masa lebih kurang 45 minit je kalau dari tol Gombak nak sampai kesini.

Waktu operasi dia bermula dari 7 pagi sehingga 9 malam dan tutup setiap hari Isnin sahaja.

  • Roti John Paroi

Antara port menarik kalau korang nak ride bersama rakan-rakan pada waktu malam iaitu Roti John Paroi.

Antara menu yang korang wajib cuba adalah Roti John Cheese Kambing. Mesti tak menyesal tapi min sarankan untuk kongsi berdua roti ni. Kalau makan sorang tak habis jawabnya. Isinya yang padat dan ditambah dengan cheese boleh membuatkan korang terliur.  Terdapat juga pilihan lain iaitu Roti John Ayam dan Roti John Daging. Restoran ini agak popular di Seremban dan sentiasa boleh diakses oleh orang ramai.

Waktu oprerasi kedai ini bermula pada pukul 5 petang sehingga 3 pagi.

  • Nasi Bamboo Sungai Klah

Bagi geng-geng moto Lembah Klang, restoran Nasi Bamboo agak femes kalau dijadikan tempat tumpuan untuk ride. Restoran ini berada pada kawasan yang agak luas dan dekat dengan exit Lebuhraya Plus – susur keluar ke Sungkai, Trolak.

Pelbagai masakan tradisional yang disediakan di sini seperti keli goreng panas, ayam kampung serabut, daging masak hitam, gulai kawah dan banyak lagi. Antara hidangan lauk yang popular di sini ialah daging kambing salai. Kebiasaannya daging kambing dibakar untuk dijadikan hidangan, namun di sini ia sedikit berbeza kerana daging kambing tersebut akan disalai selama 16 jam

Restoran Nasi Bamboo ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan dibuka pada pukul 10.30 pagi sehingga 6.00 petang.

  • Kari Kambing 40 Hari

Bagi pengemar kambing, mungkin kedai ini sesuai untuk mereka terutamanya bagi geng-geng motor untuk datang ride bersama kawan-kawan mereka iaitu Restoran Kari Kambing 40 Hari.

Tidak banyak pilihan menu ketika di Restoran Kari Kambing 40 Hari ini kerana menekankan menu utama mereka iaitu bertemakan arab. Berkonsepkan makan secara dulang yang boleh dimakan seramai 4 orang. Anda akan mendapat Nasi Arab, Kari Kambing atau Ayam, dan 5 gelas air.

Restoran Kari Kambing 40 Hari terletak di tepi lebuh raya PLUS berdekatan Ayer Hitam, Johor. Maka anda semua pasti tidak ada masalah untuk mecari restoran ini. Parkir di tempat ini pula agak terhad kerana kesempitan ruang di highway.

Waktu operasi restoran ini bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 3.00 petang dan dibuka setiap hari.

admin

Read Previous

Magis Daun Kapal Terbang

Read Next

Mercun Tong Gegarkan Hutan

3 Comments

  • Negeri cantik, budaya menarik, itulah kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan sebuah negeri yang terletak di pantai timur, Terengganu Darul Iman. Negeri ini bukan sahaja kaya dengan hasil laut, malahan ianya sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap sekali pakejnya, berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

    • Dalam banyak-banyak negeri kat Semenanjung, Terengganu sahaja negeri yang aku tak pernah masuk dan explore. Tu je satu negeri. Belum pernah ada kesempatan nak pergi. Masa sekolah aku pernah naik bas sampai Jerteh je tengok apa ada kat bandar sana pastu balik Pasir Puteh semula. Biasalah, duduk asrama. Takleh lama-lama kat luar kang kena rotan warden. Hahahaaaa

  • Antara kebanyakan tempat yang dinyatakan, aku baru pergi Lemang To’ki dengan Nasi Bamboo. Side event yang aku dapat; lepas makan Lemang To’ki, mandi kat Air Terjun Chamang. lepas makan Nasi Bamboo, turun Tanjung Malim mandi dekat Sungai Bil Cool Spring. Nak panas, gi Ulu Slim Hot Spring.

    Selain dari dua ni, akan pergi lain hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five + eighteen =