Magis Daun Kapal Terbang

Pokok Kapal Terbang atau lebih dikenali sebagai Pokok Jepun ataupun Pokok Jerman atau nama saintifiknya Chromolaena odorata. Daunnya mempunyai bau yang sangat unik. Daun dan bunganya digunakan untuk merawat luka dan sebagai racun serangga.


Kebanyakkan orang kampung mungkin pernah dengar tapi untuk penduduk bandar mungkin tidak pernah dengar terutamanya anak-anak muda sekarang. Pokok yang langsung tidak ada kena mengena dengan namanya tetapi mempunyai banyak khasiat. Semuanya terletak pada diri kita untuk menjadikan kegunaan daun kapal terbang ini dalam bidang rawatan.

Bila bercerita mengenai ubat-ubatan berkonsepkan tumbuhan ini sudah tentu kita mempunyai pilihan untuk makan atau hendak mengambilnya dengan cara yang tersendiri. Tapi kebanyakkannya ramai yang tidak tahan dengan rasanya yang akan membuat kita kurang selesa.


Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan yang beracun. Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Berhati-hati jika ada dalam kalangan anda yang menanam pokok ini. Pastikan pokok ini tidak dapat dicapai oleh anak-anak kecil. Kegunaan perubatan pokok kapal terbang hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja. Daun kapal terbang ini boleh dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dan ditampal pada bahagian yang luka tersebut. 

Selain daripada itu daun kapal terbang juga merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. Caranya adalah dengan mengambil daun kapal terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). Buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut. Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk mengubati kembung perut dan cirit birit bayi.



Selain daripada itu kebanyakkan ibu selepas bersalin akan menggunakan daun ini untuk bertunku. Khasiat daun kapal terbang ini juga merupakan herba mandian atau herba wap. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan. Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.



Peringatan: Selepas menggunakan pokok ini, pastikan anda cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikit pun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita. Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada bayinya melalui uri. Simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali (pembesaran hati). Ini disebabkan oleh bahan aktif alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. Malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari selepas hari kejadian. Oleh itu anda dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.


Ia kadang-kadang ditanam sebagai tumbuhan perubatan dan hiasan. Ia digunakan sebagai ubat tradisional di Indonesia. Daun muda yang dihancurkan, dan cecair yang terhasil boleh digunakan untuk merawat luka-luka kulit.

Menurut seorang pesakit kencing manis, beliau menyatakan dalam kebanyakkan manfaat yang ada, beliau lebih suka kepada perubatan kencing manis. Beliau adalah antara individu yang mempunyai simpton-simpton awal kencing manis dan telah mencuba dengan mengambil daun kapal terbang ini. Alhamdullilah walaupun tidak banyak berubah tetapi ianya sedikit sebanyak dapat membantu. Tuan puan boleh mencuba bila ada kesenangan nanti.

Jika anda mempunyai sebarang pendapat atau pandangan mengenai tumbuhan yang mampu merawat penyakit boleh kongsikan di ruangan komen. Terus membaca artikel kami di rajalepak.com

stephen.chin

Read Previous

Sejenis Perempuan Pantang Nampak Makanan

Read Next

5 Tempat Menarik Untuk Kaki Konvoi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *