Tips Jadi Suami Paling Sempurna

Nak kahwin memang senang, tapi nak menjadi seorang SUAMI terbaik di hati si ISTERI mampu ke ? Tak mudah dan tak susah, cukup la kalau anda sebagai seorang lelaki memenuhi ciri-ciri di bawah untuk menjadi suami yang MITHALI.

Pertama sekali, mesti menjadi seorang suami yang ADIL. Isteri merupakan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas suami untuk dijaga dengan keadilan dan kasih sayang. Adanya seorang isteri bukan untuk diperhambakannya. Jangan ingat suami ini boleh jadi “king” sehingga semua perkara dalam rumah diuruskan isteri. Kalau kahwin lebih daripada seorang (yang berkenaan sahaja) suami kena lebih adil pada semua isteri. Bukannya adil yang Khamis malam Jumaat sahaja tapi keperluan lain setiap isteri perlulah dipenuhi. Jadual bermalam pun kena atur bagi betul, risau nanti kena serang dengan isteri yang lain.

Kedua, menjadi suami haruslah menjiwai watak seorang PEMIMPIN. Bahasa tinggi sikit, menjadi pemerintah yang bertanggungjawab pada pemerintahannya. Terutama sekali bila membuat keputusan yang melibatkan hal keluarga. Tapi kalau isteri tanya hendak makan di mana pun masih tergagap dan tak mampu untuk buat keputusan, itu maknanya anda belum bersedia. Selain itu, keselamatan dan kebajikan isteri dan anak-anak harus dijaga dengan baik.

Ketiga ialah NAFKAH. Nafkah zahir dan batin yang menjadi hak  isteri perlu disediakan mengikut kemampuan. Sebagai contoh, sediakan keperluan asas seperti makanan yang mencukupi, pakaian ikut keperluan dan yang paling penting ialah tempat tinggal. Bila mana suami anda memberi semua keperluan ini, anda sebagai isteri haruslah bersyukur dan jangan pula meminta yang keterlaluan. Suami juga kena berikan wang yang secukupnya untuk isteri membeli keperluan rumahtangga. Kalau ada anak, harus juga bagi nafkah dekat anak. Suami harus ikhlas walaupun penat dan anggap ini adalah satu ibadah dan perjuangan jihad di jalan Allah s.w.t.

Keempat ialah mengenai Pendidikan dan yang paling penting ialah didikan agama dalam kehidupan seharian. Harini kalau kita lihat ramai di kalangan kita yang alpa dan gagal mengutamakan bab didikan agama sehingga pelbagai gejala sosial  berlaku pada anak muda kita. Kalau dalam keluarga, suami/ayah harus memainkan peranan penting serta bertanggungjawab memberikan nasihat pada ahli keluarga. Titikberatkan pengetahuan serta mpengajaran hukum Islam terutamanaya hal fardu ain kepada isteri dan juga anak-anak. Maka sebagai suami, kita harus persiapkan diri dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Kelima ialah menjadi PELINDUNG. Maksudnya di sini ialah memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada isteri. Harus diingat, isteri ini ialah amanah daripada Allah dan suami bertanggungjawab untuk menjaga dan menggembirakan hati isteri. Jangan dibiarkan isteri susah hati. Jangan biar isteri resah gelisah. Jika nampak isteri dalam keadaan yang macam itu terus tanya keadaan isteri dan ambil berat permasalahan yang dihadapinya. Tak perlu menjadi Iron Man, Captain America atau Hulk, hanya jadi seorang suami yang jiwanya sangat besar dan mampu melindungi keluarga. Nescaya, Isteri anda akan sentiasa menyayangi anda.

Keenam ialah LAYANAN dan PERGAULAN yang baik dengan isteri. Cara terbaik ialah dengan gurauan manja. Gurauan sangat penting dalam hubungan terutama sekali untuk menggembirakan hati si isteri. Tapi jangan pula bergurau berlebihan sehingga melukai hatinya. Nanti seminggu isteri merajuk, merana la para suami.

Hanya enam ciri ini sahaja yang perlu dipraktikkan untuk menjadi seorang suami yang sempurna di mata seorang isteri. Namun begitu tidak ramai yang mampu untuk melakukannya. Sangat membimbangkan bila ramai lelaki yang beria-ia melangkah ke alam perkahwinan tanpa persediaan yang rapi. Lelaki yang mahu menjadi imam pada keluarganya perlu memiliki ilmu di dada. Kepada para suami dan yang bakal menjadi suami, anda semua perlu mengambil berat mengenai kepentingan menjadi seorang suami yang mithali sebelum berani memikul tanggungjawab menjaga seorang bidadari syurga.

Foto dari Google.com

Itu sahaja perkongsian daripada Raja Lepak, teruskan membaca artikel yang menarik kami.

Anda ada pendapat sendiri bagaimana untuk menjadi seorang suami yang sempurna? Jangan lupa kongsikan dengan kami. Mana tahu perkongsian anda boleh membantu lebih ramai suami di luar sana untuk menjadi versi terbaik untuk keluarganya.  

admin

Read Previous

Laluan Jeniang – Sik Selepas 12 Malam

Read Next

Gayat ke? Jom Cabar Diri Sis! WATERSLIDE TERPANJANG DI DUNIA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 + one =