Gayat ke? Jom Cabar Diri Sis! WATERSLIDE TERPANJANG DI DUNIA!

TAMAN TEMA ESCAPE PULAU PINANG (https://www.escape.my/)

Taman Tema Escape Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang ini telah menjadi tarikan pelancong sejak dibuka pada pertengahan 2013. Dengan 17 tarikan istimewa Taman Tema Escape ini adalah antara taman tema yang paling hebat di Malaysia. Gelongsor air di Escape Pulau Pinang adalah yang terpanjang di DUNIA!

Konsep taman tema ini sangat berbeza dengan yang lain kerana ia menekankan cabaran dan kecergasan fizikal pengunjung. Kerana mahu pengunjung lebih dekat dengan alam, memang takde bilik permainan berhawa dingin. Persekitarannya, semua 100% semulajadi.

Apa yang ada kat sini? Antara aktiviti yang ditawarkan di Escape Pulau Pinang adalah kegiatan penerokaan terowong, panjat pokok dan ‘terbang’! Ha, kalau nak alami sendiri rasanya terjun dari ketinggian 20-30 meter, boleh, pergi je ke Atan’s Leap. Mesti tak menyesal.

Untuk mereka yang ada anak kecil yang gayat atau belum pandai memanjat, jangan risau.  Ada juga tempat untuk kanak-kanak bermain di dalam bilik yang berwarna-warni.

Tarikan utama Escape Pulau Pinang adalah ‘Graviti Play’. Umum tahu ia gelongsor terpanjang didunia, sepanjang 1,140meter. Jarak gelongsor air ini mengalahkan gelongsor Action Park di Vernon New Jersey, United State dan gelongsor ini dibina di kawasan bukit menghubungkan taman permainan ‘Adventure Play’ dan ‘Water Play’. Gempak kan! 

Tiket masuk bagi Escape Pulau Pinang juga sangat bepatutan. RM 147 sahaja. Tiada had umur yang dikenakan. Ia beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad, 10 pagi hingga 6 petang.

Antara tarikan lain yang berada dekat dengan kawasan Escape Pulau Pinang adalah Entopia. Ia merupakan taman yang menempatkan lebih 15,000 ekor rama-rama pelbagai spesis.

Alang-alang dah ke sana, jangan lupa untuk singgah kat Batu Feringghi. Nikmati udara tepi pantai sambil bersiar-siar dengan keluarga. Tropical Spice Garden juga dekat, jaraknya hanya 10 hingga 15 minit sahaja.  

Inginkan trip percutian yang penuh dengan cabaran. Escape Pulau Pinang adalah pilihan paling tepat buat anda!

admin

Read Previous

Tips Jadi Suami Paling Sempurna

Read Next

Pengalaman Misteri Pengawal Keselamatan Rumah Mayat Hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *