Laluan Jeniang – Sik Selepas 12 Malam

Ini ada satu kisah benar yang agak seram, kisah ini berlaku sekitar tahun 2008. Semua yang diceritakan ini adalah benar, tiada yang tak benar melainkan benar-benar belaka. Aku masih ingat lagi, masa tu tahun akhir degree. Aku dan member sekolej di Kelantan terpaksa transfer kredit ke kolej yang lain di Kedah untuk meneruskan perjuangan dalam pengajian agama. Kolej baru tu di Alor Setar. Korang tahu kan kolej apa. Terpaksa, kerana pada tahun tu, kerajaan Malaysia menutup pintu untuk menyambung pelajaran ke al-Azhar, Mesir dan menetapkan syarat2 baru yg lebih ketat. Beribu-ribu pelajar menerima khabar malang itu dengan hati yang sakit dan redha. Nak buat macam mana kan takde rezeki.

Aku pertama kali jejak kaki ke Kedah. Bertolak dengan kereta Kancil warna merah awal pagi lagi ke negeri jelapang padi tu pasal takut tak sempat. Petang baru selesai urusan, malamnya pula ada kawan-kawan ajak balik rumah sebab ada seminggu lagi nak mulakan pengajian. Aku pun apa lagi, tengah malam tu jugak aku setuju untuk balik ke Kelantan semula. Tak tahu lah kenapa malam tu terus nak balik. Walhal badan tengah penat.

Jam hampir pukul 12 malam. Dengan Kancil cikai tu aku travel ditemani tiga orang lagi rakan yang lain. Tapi awal perjalanan bertolak ke Kelantan, aku tak drive. Aku bagi kat member lain test power. Aku rest je kat belakang sampai terlelap dengan member sorang lagi. Sampai berderngkur Kroh kroh…

Sedar-sedar driver berhenti dekat sebuah kedai makan. Kalau tak silap, jalan tu namanya jalan Jeniang-Sik. Member nak buang air rupa-rupanya. Tapi oleh kerana ramai customer kat kedai makan tu guna tandas, si member ni ambik jalan mudah buang air kat tepi semak dekat kawasan gelap dekat-dekat situ. Dua-dua member kat depan buang air. Wallahua’alam diorang ni cuci dengan air ke tak. Okay, perjalanan diteruskan. sebenarnya aku pun tak tahu sangat tentang jalan tu.. So aku biar je dia drive, nampak dia macam biasa ngan jalan tu. Sekali lagi aku terlelap kat belakang.

Bila aku sedar kali ni, kami tengah lalu jalan sunyi. Gelap pulak tu. Takde rumah kat kiri kanan, takde orang, kereta selilih lagilah takde. Aku tanyalah member, “kat mana?” Dia jawab dia sendiri pun tak tahu kat mana. Sepatutnya masuk satu simpang ni utk tembus ke Baling-Gerik. Tapi tak jumpa simpang tu. Aku pun suruh dia u-turn.

Ok. Time dia u-turn kete tu, tibe-tibe aku dan member kat belakang rasa bulu roma meremang. Usihh, seram giler.  Tapi sebab taknak takutkan yang lain, kitorang baca ayat-ayat al-Quran senyap-senyap. Perjalanan diteruskan….50KM juga kitorang tersesat.  Bila nampak jer simpang, member aku terus belok. Nak jadi cerita, jalan ni pun sama. Gelap dan takde orang. Aku pun tak sedap hati, mintak tukar driver. Aku sendiri yang drive.

Alhamdulillah, jumpa simpang Baling-Gerik yang kitorang cari dari tadi. Tak jauh dari tu kitorang jumpa gak jalan besar. Bila masuk jalan biasa, member aku semua pakat tido, tinggalah aku sorang je drive.

Time tu hujan renyai-renyai. Lampu tinggi kete kancil ni memang dah lama rosa. Lampu standard je yang pasang. Memang kena bawa perlahan-lahan dalam keadaan hujan macam tu. Ingat lagi meter kereta hanya takat 60 km/j atau kurang. Tak laju pun. Kereta masa tu lak sedang menaiki kawasan bukit. Memanglah takleh pecut.

Tiba-tiba….

Aku ternampak kelibat putih muncul tak sampai 50 meter di hadapan keret! Apa lagi aku cuba brek kuat-kuat sambil pulas stereng ke kanan. Gedegangg!!!! Tak sempat elak. Hancur remuk bonet kete aku. Terempuh jugak benda tu.. Kawan2 semua tersedar terkejut. Bawak 60km/j tapi brek macam 140km/j. Logik tak? Tapi itulah kenyataannya.

Pintu kiri sebelah depan takleh buka langsung. Lampu pecah. Tapi mentol dia elok2 terpasang. Lampu tinggi yang rosak tiba2 je berfungsi. Nasib baik kereta tak mati, boleh terus berjalan. Aku dah cuak dah. Takut-takut terlanggar orang ke. Tapi aku tengok ke belakang. Memang takde apa2! Lembu ke binatang-binatang lain ke.. takde pape!! Serius takde! Tapi kereta aku rabak.

Perjalanan diteruskan dalam keadaan aku bingung. Kawan-kawan aku tak nampak apa yang aku nampak. Diorang pun blur. Sampai di satu tempat, kami berhenti check kereta. Memang teruk jugak lah kereta. Kalau nak repair kena makan ribu la. Kami langsung tak perasan kat mana kami berhenti tu. Rupa-rupanya di belakang tu kubur Cina yang luas. Anda mesti perasan kalau lalu lebuhraya ni. Tapi kami tak perasan benda ni.

Perjalanan diteruskan jugak. Sampai ke Tasik Banding, ingat nak rehatlah. Penat dan bingung. Tapi baru je nak rehat, rasa tak sedap hati. Tengok di side mirror macam ada something je kat belakang tengah renung kitorang. Tapi macam tadi jugak, hanya aku yang perasan. Aku kata, teruskan je lah perjalanan. Tak payah rehat.

Tapi penat punya pasal, kami berhenti rehat tak jauh dari tempat yang kitorang nak berhenti mula-mula tadi. Lagipun kat situ ada satu trailer parking kat tepi jalan. Sekurang-kurangnya ada peneman dalam hati ni kata. So, aku park kete dekat trailer tu. Padamkan lampu kete, tak matikan enjin, free gear dan tarik handbrake. Tak sampai 1 minit, keempat-empat tertido..

Tiba-tiba…

Aku terkejut sebab member aku terjerit-jerit. “Dee! kereta2!” Aku cepat-cepat bukak mata. Terkejut! Kereta jalan sendiri menaiki bukit!

Lampu tak pasang, gear masih free, handbrake masih tak turun. Tapi kereta jalan! Aku tengok kaki kanan aku bergerak sendiri hentak2 pedal minyak. Apa hal kaki aku ni?! Kereta pulak bergerak ke arah gaung. Aku kekalutan dan bersusah payah cuba stopkan kaki aku, nyalakan lampu dan akhirnya dapat kawal balik kereta.

……

Skip cerita. Sampai kat rumah, lepas hantar semua kawan-kawan balik, aku tertido sampai petang. Kalau tak pasal ummi kejutkan aku pasal ayah mungkin aku boleh lajak tidur sampai malam. Ayah aku kena sampuk hantu, meracau-racau macam orang tak siuman. Suara dia dah bertukar jadi suara perempuan! Suara perempuan menengking sambil menyumpah-nyumpah..

……

Skip cerita lagi. Akhirnya selepas ayah dah berubat, aku dan kawan-kawan aku yang balik malam tu pun kena berubat sekali. Semua muka pucat je. Kitorang memang tak berapa sihat sejak malam kitorang sampai tu. Tanyalah ustaz tempat berubat apa kena dengan kitorang. Jawab dia senang je. Ada benda ikut balik katanya….dan benda tu ada dok melekat denga kitorang masa tu. Melalui interaksi Ustaz dengan makhluk tu, dia cerita la asal usunya.

Kisahnya perempuan tu asalnya cantik, tapi mati digilis trailer time nak lintas jalan kat simpang yang kitorang sesat tu. Jadi dia dendam pada manusia. Wallahua’alam. Sekarang rupanya sangat mengerikan.. kepala sebelah hancur dan darah meleleh-leleh kat baju.

Lepas berubat, ustaz hantar balik benda tu ke tempat asal dia datang. Kitorang pun okay balik. Alhamdulillah. Kalau tak, terasa berat badan dan tak sedap badan je.

Kami semua trauma. Dah tak lalu dah jalan Jeniang-Sik kalau malam-malam. Percayalah. Ni kisah saya alami sendiri.

Read Previous

10 Tempat Makan Menarik di Perlis Indera Kayangan

Read Next

Tips Jadi Suami Paling Sempurna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *