Si Hussein Gila Tempatnya Di Syurga

Siapa sangka, betapa tingginya darjat seseorang yang ditakdirkan untuk menjadi tidak siuman atau bahasa kasarnya GILA. Walaupun dari segi luarannya tampak kusut, kotor dan menggelikan namun siapa tahu jauh di lubuk hatinya sangat berbeza dengan penampilan dirinya.

Inilah kisah Si Hussein Gila yang jiwanya besar dan taat pada Penciptanya.

Kalau anda sudah menonton drama TV3 Insan Terpilih yang berdasarkan kisah benar “Si Hussein Gila” perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Hussein Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Dia digelar Hussein Gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal. Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak boleh nak kata apa-apa.

Read Next

Hati Manusia Mudah Berubah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *